Thursday, February 3, 2011

Istimewanya penyusuan ibu

Penyusuan ibu sangat istimewa kerana ia memberi banyak manfaat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Melalui medium penyusuan ibu, perasaan kasih sayang yang erat diwujudkan. Ikatan antara ibu dan anak sangat rapat (tengok lah auni da 4 tahun tp nak melekat jer ngan mama).
Melalui sentuhan yang berlaku semasa penyusuan dan degupan jantung ibu bagaikan irama yg merdu yang membuatkan bayi akan terasa selamat dan nyaman kerana berada dalam pelukan ibu ( hehehe ni yg jadi mcm a'isy.... letak je menangis....) sbb mmg sangat lah seronok duduk aje atas riba. Ibu pula dapat berehat sewaktu menyusukan bayi kerana berlakunya tindak balas hormon oksitosin ynag dikenali sebagai hormon yang dapat memberi ketenangan. Selain itu ibu juga akan dapat mengawal berat badan kerana proses ini dapat membakar kalori. antara faedah2 lain penyusuan susu ibu ialah menjimatkan, mudah dan menguatkan antibodi bayi.
Semoga N3 yang tak seberapa ni dpt memberi manfaat kepada ibu2 dan bakal2 ibu. Marilah kita menyahut saranan kerajaan supaya mengamalkan penyusuan ibu. Saya sokong penyusuan ibu!

Tuesday, February 1, 2011

1,2,3,4!

Sekejap je masa berlalu. Dulu sorang pastu berdua, tiga tahun lepas bertiga sekarang berempat! Yang pasti hidup ni bertambah mencabar dan bahagia dengan kehadiran mereka bertiga ni! Gambar ni masa kenduri akikah A'isy. Walaupun sume org da penat tp sempat lg amik gamba ni. En. Faizzuddin masih blh tersenyum walaupun keletihan..... syg i respect kat u sbb masih blh tersenyum dgn senyuman standard u tu! Semoga keluarga kita dirahmatiNya dan kekal bahagia selamanya! Amin.