Tuesday, March 29, 2011

Bibik keperluan @ kemewahan???

Salam sume, entry kali ni mengenai bibik @ pembantu rumah. Adakah perlu mempunyai bibik? Sebenarnya bagi saya ia bergantung kepada keadaan keluarga kita maksudnya disini ialah jika anda mempunyai anak lebih dari seorang yg berumur 5 tahun kebawah dan tinggal di kawasan yg taraf hidup nya tinggi seperti kuala lumpur adalah wajar mempunyai bibik kerana faktor2 dibawah:

- yuran penjagaan di nursery sama mahal dengan gaji bibik ( so lebih baik ambil bibik kat umah, sbb bibik blh tlg buat keje umah skali.)
- anak lebih selesa ( tak payah nak angkut anak2 pagi2, ganggu tido diorang)
- anak kurang sakit sbb tak bercampur ramai2 kat nursery.

Saya baru ade bibik lebih kurang 3 minggu tp Alhamdullillah selama 3 minggu ni sumenya ok. Anak2 terjaga dan rumah tangga terurus, saya juga dapat luangkan lebih masa dgn anak2 sbb 3/4 urusan rumah tangga telah di selesaikan oleh bibik. Mmg tak dinafikan pada mulanya rasa bimbang menghantui fikiran kerana terpaksa tinggalkan anak2 yg masih kecil bersama "orang asing" tapi sebagai umat islam kita harus sentiasa berdoa minta perlindungan dari yang Maha Kuasa. InsyaAllah semua nya akan baik2 belaka. Sampai jumpa lagi.

Wasalam

Monday, March 28, 2011

Tengok gigi!


Hehehehe..... mmg kelakar time ni. Ni adalah pemeriksaan gigi yg pertama utk auni. Dia takut nak baring atas kerusi so doktor suruh berdiri jer. Tapi Alhamdulillah sume gigi auni ok and dah complete utk age dia.... sumenya ade 20 batang gigi. Harap2 gigi auni blh tahan sampai umur dia 6 tahun. Untuk ibu2 diluar sana kalau nak train anak gosok gigi blh la mula bila umur dia dah 18 bln sbb masa ni gigi dia dah byk dan dia dah blh pegang berus gigi dgn btl. Lagi satu tip jgn biasakan anak minum susu sebelum tido waktu malam bg minum air masak sbb blh menyebabkan gigi cepat rosak.

Friday, March 11, 2011

To my dear sayang!

Sayang, (I know u won't read my blog but I dedicate this to u). From the moment i met you, i knew u were someone special, I knew by the way u looked at me, talked to me n was there 4 me. I was afraid to in love again..... afraid of the pain it might bring. But in short time, u showed me the real love wasn't painful or deceiving. You showed me that I deserved to be loved n happy. U gave new meaning to my life and I could never thank you enough for that! U truly are a Godsend to me!

So, 4 all you've done for me...... I promise to always be here for you, to cherish you n luv u whole-heartedly(hihihi ada ke word ni). I promise to be a loyal and loving wife for all the rest of my days. I promise to love u always!! Happy 4th Anniversary Sayang!

Tuesday, March 8, 2011

All about 10 & 17!

ok la....... arini nak bercerita pasal nombor........ ade org percaya yg nombor ade kaitannya dengan tuah kita. Ye ke???? Hahaha jgn salah paham ye sebenarnya saya nak share je tentang dua nombor ni ( 10 & 17) yg kebetulan banyak kaitannya dgn hidup saya. Kenapa????? Ini lah sebab2nya

10 feb - hari lahir saya
17 july - hari lahir suami tercinta
10 mac - saya nikah
17 Dec - Auni dilahirkan
10 oct - A'isy dilahirkan

So, dua nombor ni mmg banyak kaitannya dengan saya......cuba tgk tu peristiwa2 yg tercatat pada tarikh yg melibatkan nombor tu semuanya peristiwa2 yang penting bagi saya...... kalau susun da jadi 1017. Ha.... jgn ade yg beli lak nombor ni kat kedai nombor ekor sudah lah ye.....BERJUDI ADALAH HARAM BAGI UMAT ISLAM! Ingat tu.