Saturday, March 24, 2012

LESSON LEARNT!

Erm.... ni entry versi luahan perasaan, sebenarnya saya setuju dengan ustaz Azhar Idrus cakap " kalau rasa sedih atau tertekan tempat yg sesuai untuk mengadu ialah Allah SWT bukan facebook atau blog. Tapi memandangkan blog ni mmg tempat saya berkongsi suka duka selain drp my lovely sister alang n my bff mrs khairani so saya pun buat luahan kat sini. At least ringan skit kepala otak ni sbb dapt luahkan apa yg terbuku dihati. Lagipun bila cerita kat blog ni interaksi sehala so taklah meleret sbb blog ni terima jer tak respond. Ok dah abis perenggan pendahuluan, sekarang masuk plak perenggan untuk isi sebelum penutup. ( Ni format karangan ye kalau korang dah terlupa hehehe).

Dari pertengahan bulan Feb sampailah dah nak habis bulan Mac ni mmg mcm2 berlaku dalam hidup saya ni. Byk betul dugaan dariNya! Dan dari apa yg berlaku byk benda yg saya pelajari selain drp menginsafi diri. Pelajaran pertama, berbuat baik dengan saudara kita especially adik beradik sbb bila susah kita kan harapkan adik beradik sendiri (darah daging sendiri) bukan jiran, bukan kakak, adik, abg, atau apa yg angkat ni la kan jauh sekali tauke workshop atau kakak kedai nasi lemak (ha ni mmg dah merepek). Pelajaran kedua, bagi yang ada anak2, jangan sesekali membeza-bezakan anak2 atau berlaku tidak adil dari segi perlakuan atau percakapan sebagai contoh, Aku bertuah sbb ada anak lelaki blh bela nasib aku, apa perasaan anak perempuan yg dengar tu ye? Senyum gembira?? mestilah kecik hati kan? Sbb seolah-olah tak menyumbang apa2 ye tak? Tapi kuasa Allah manusia tak dpt menduga tup2 sakit anak perempuan lah yg uruskan, mandi, tukar pampers, masakkan, suapkan makan, urutkan badan dll. Anak yg tadi sangat bertuah tu mana ek?? Wallah'hualam! Itu kalau anak sepasang mcm saya ni, tapi kalau anak2 semua perempuan atau semua lelaki pun jgn kita menelah, nnt aku tua aku nak duduk dgn si timah sbb si timah ni anak kesayangan bagi aku duit byk, kecik ati si melah kan? Tengok2 bila sakit si Melah yg jaga sbb si Timah tu mungkin suami dia taknak bekerjasama. Bukan semua pasangan yg akan melayan ibu bapa mertuanya seperti mak bapak diorang sbb nama pun manusia rambut sama hitam hati lain2. (itu contoh kalau anak perempuan, kalau lelaki tukar nama jer atan ke ali ke, jgn lupa tukar perkataan suami tu kepada isteri ye heheehe). Pelajaran kedua, duit bukan segalanya, apa yang penting kasih sayang, masa dan tenaga. Duit kita boleh cari (pinjam along ke, ah fatt ke atau sapa2 la, ah fatt tu cina workshop kat office saya) tapi masa dan tenaga ni tak semua org boleh bagi. Terutamanya bila kita dalam kesusahan atau sakit, org boleh dtg bawak buah tangan tapi org takkan luangkan masa menemani kita yg sakit ni sbb org ada byk urusan lain. Jadi kena berbuat baik dengan semua orang terutama adik beradik, anak2 tak kira jantina, menantu2 tak kira back ground sbb duit bukan segalanya. Lagipun duit tu boleh dicari tak kiralah pinjam atau curi tapi tenaga dan masa tu yang lebih berharga.

So kesimpulannya, ALLAH Maha Mengetahui, jgn sesekali kita manusia bercakap besar kerana kita hanya boleh merancang tapi ALLAH menentukan. Sama2 kita bermunasabah ye. Sekian luahan hati ini. Maaf mungkin tak sesedap karya ombak rindu. ^-^