Saturday, November 1, 2014

Oppo piala malaysia!

Malam ni bakal berlangsung  PIALA MALAYSIA 2014 antara PAHANG & JDT. Saya bukan kaki bola sgt lagi2 bila dah bergelar ibu, fokus saya mmg pada keluarga. Cuma bila permainan mlm ni melibatkan negeri tumpah darah saya (johor) dan suami(pahang) suasananya lebih menarik....sebab kami sokong pasukan yg berlainan. Anak2 juga teruja, mcm2 reaksi dr mereka....rasa ikatan kekeluargaan tu semaiin erat, menonton perlawanan bola bersama2 sambil bersorakan....kami suami isteri bukan penyokong fanatik pun cuma suka2 jadi tak kisah siapa menang janji kedua2 pasukan bermain dengan aman, tiada pergaduhan dan perlawanan berlangsung dengan adil. Yang penting kita sama2 support bola sepak malaysia.



kat umah ni saya je yg ada jersy dan selempang jdt pasukan yg satu lg tu xde haha....

Korang macam mana??? Apa aktiviti yang korang enjoy lakukan bersama keluarga. Sampai jumpa lagi.....^_^

Mama Anis

No comments: