Wednesday, December 24, 2014

Suap dan masakkan anak2 adalah antara impian saya.

Assalamualaikum, salam sejahtera semua,

Dah setahun saya bergelar WAHM ( working at home mom), alhamdulillah.....pengorbanan ini tak sia2. Satu persatu impian saya Allah dah makbulkan.... salah satunya impian nak besarkan anak2 saya dengan air tangan saya sendiri. Uruskan segala keperluan mereka, dari celik mata sampai la tidur semula. 

Saya sangat sukakan rutin harian saya sekarang. Walaupun lebih penat berbanding masa bekerja dahulu. Serius bekerja dirumah bukan seperti yang digambarkan, benar masa kita yang punya tapi kalau silap percaturan semuanya akan tunggang langgang. Jadi jika ada azam untuk bekerja dirumah terutamanya ibu2, pastikan ada jadual supaya kita tak lalai dan buang masa buat benda2 yang tak perlu. Paling penting jika anda ingin bekerja dirumah pastikan tak hanyut dek godaan tilam dan bantal empuk, senetron, drama korea atau drama2 tv yang akan curi baaaanyak masa anda. Tak percaya try la! 

Momen indah setiap hari bagi saya sejak bergelar WAHM ialah suapkan anak-anak makan, saya sangat enjoy setiap kali suapkan mereka makan, sambil sembang2 creat bonding dengan aunidan a'isy saya juga rasakan ianya release stress saya. Hilang rasa penat tengok mulut2 comel mengunyah makanan yang mama masak, biasanya menu permintaan mereka. 

Selain itu mestilah waktu breakfast dengan en hubby, kalau dulu sabtu ahad je la boleh breakfast sama2 sbb pagi2 memang kalut nak hantar anak2 ke nursery sebelum pergi kerja. Maklumlah nama pun kanak2 setiap pagi memang berperang nak kejut bangun untuk disiapkan ke taska. 

Bila dikenang2 syukur sangat Allah temukan saya dengan jalan ini. Kemudian dipermudahkanNya pula.....mengenang apa yang saya dah lalui dahulu dan kehidupan saya sekarang hanya ALHAMDULILLAH jadi zikir dihati ini.

bisnes online


Banyak nikmat yang Allah beri, cuma kita je kadang2 kurang bersyukur. Semoga lebih banyak perkara2 baik menanti. InshaAllah....

Anis Hussin

Monday, December 8, 2014

Brownie pertama ku

Hello, mood excited nak bercerita tentang kejayaan membuat brownie yang pertama hehe. Nak dijadikan cerita masa menghadiri kelas leader aritu ada sorang kwn ni bwk brownie ni sbb ada potluck. Sebelum ni saya mmg xsuka brownie tp yg ni mmg lain. Sedap tekak ni rasa, so apa lagi cepat2 la mintak resepi. Lama dok simpan resepi ni semalam br nak cuba tunpun sbb anak2 hari2 tanya bila nak buat kek coklat....yg diorg nak yg kukus tu tp mama pandai2 kelentong ckp yg ni pon kek juga cuma pesen lain kikiki. 

Resepi ni pon senang sangat nak buat, sesuai la utk mama2 yg bz dan xbrp pro bab2 baking membaking ni. Bahan2 nya pun senang nak cari.

125g butter
250g dark choclate
3 biji telur 
3/4 cawan gula caster
1/3 cwn serbuk coco
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh essence vanilla
1 cwn badam cincang
1 cwn coklat chip

 Simplekan bahan2nya. Nak buat pun mudah tau ^_^

Cairkan dark choclate dan butter dengan kaedah double boil


Pukul telur dan gula sampai kembang kemudian masukkan bahan2 yang lain dan pukul semula. Masukkan coklat dan butter yang telah dicairkan tadi dan puku lagi. Akhir skali masukkan badab dan coklat cip, gaul rata kaedah kaup blk tu je.


Masukkan dalam loyang yang dah dilenser dgn butter dan bakar pada suhu 120C selama 30minit.


Inilah rupanya brownie saya tu, aritu lupa amek gambar tinggal ni je..... hehe....anak2 kata sedap.

Selamat mencuba, jika sudi :)