Wednesday, June 18, 2014

Al-Fatihah, Surah Yassin & tahlil, hadiah istimewa buat abah dihari bapa.

"Selamat hari bapa abah" ungkapan ini sudah asing bagi saya sejak 2 tahun yang lalu. Tiada lagi ucapan hari bapa mahupun hadiah hari bapa buat abah kecuali Al-Fatihah dan surah yassin yang sentiasa saya kirimkan sebagai hadiah yang tak seberapa jika dibandingkan dengan jasa abah membanting tulang membesarkan saya menjadi orang yang berilmu. 

Entry ini bukan meluahkan kekesalan, mati itu pasti, itu janji Allah. Cuma sekadar melepaskan rindu yang terbuku lama. Sejak arwah abah pergi, tiada lagi cerita2 tentang abah yang hendak saya kongsikan disini. Semuanya saya pahatkan sebagai memori dihati. Cuma entah kenapa hari ini terasa ingin menulis sesuatu tentang abah. Ye, orang yang menyebabkan saya lahir ke dunia, darahnya mengalir dalam badan saya masakan hati tak pernah rindu sejak dia pergi meninggalkan kami semua 2 tahun yang lalu. Dia lelaki pertama yang saya cintai dan sayangi dalam hidup saya, cinta dan sayang sampai syurga.

Semoga abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisiNya. Al-Fatihah Buat abah.










Thursday, June 12, 2014

Disebalik kejayaan seorang wanita ada lelaki dibelakangnya!

Erm....sebenarnya nak buat cerita sedey hehe...tp sbb saya bukan novalis tak belajar plak bagaimana nak bermain dengan perasaan sipembaca jadi saya buat entry ini cara berkongsi. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada mereka yang bergelar isteri yang mengalami situasi yang sama mcm saya. Kita biasa dengar disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita dibelakangnya. Sama juga dengan seorang wanita, disebalik kejayaannya pasti ada seorang lelaki dibelakangnya sbb kita dijadikan berpasang2 untuk saling melengkapi. 

Kalau tengok entry saya yg lepas tentang shaklee, cuti dan award kelihatan seorang lelaki yang sentiasa bersama saya, ye dia sangat istimewa, my imam, my other half dan pemilik tulang rusukku. Apa yang dirakam dalam photo2 kami menjadi saksi tentang RESTU serta KEPERCAYAAN yang diberika kepada saya untuk serius bershaklee. Namun KEPERCAYAAN ini hanya saya perolehi setelah saya buktikan yang saya pasti berjaya dengan shaklee. Alhamdulillah persepsi dia terhadap biz saya ini telah berubah, kini dia telah yakin dan memberi support tak berbelah bagi. Kuncinya ialah MINTA RESTU SUAMI, IBU & BAPA, USAHA YANG BERTERUSAN, DOA AGAR ALLAH MUDAHKAN URUSAN KITA dan AMALAN2 ROHANI seperti DHUHA & TAHAJJUD. Jika anda sekarang rasa suami tak sokong apa yang anda lakukan. Sabar dan fikir bahawa dia sangat sayangkan kita, dia tak mahu kita susah dan buang masa melakukan kerja yang sia2. Jadi tugas kita buktikan padanya yang kita serius dengan biz kita ni dan kita boleh berjaya. Tak kisah apa jua biz selagi tak melanggar syariah dan undang2 negara.

Kepada ibu2 diluar sana yang sedang bertungkus lumus berusaha ke arah kejayaan, teruskan berusaha dan jaga hubungan kita dengan yang Maha Kuasa. InshaAllah kejayaan milik anda.

 Teringat kata2 mak shaklee saya, "2 tahun lepas kau imagine tak faiz duduk skali dalam dewan ni?".....huaaaa sebak ai tau!

Thank you sayang atas sokongan yang tak berbelah bagi, doakan i berjaya menjadi MUSLIMAH JUTAWAN suatu hari nanti....:)

Wednesday, June 11, 2014

SHAKLEE UBAH HIDUP SAYA

Assalamualaikum semua, wow rasa lama sgt tak update kat sini sbb saya bz menuruskan blog shaklee saya ANISVITASHOP  :)

Alhamdulillah 2 tahun saya serius dengan shaklee. Bermula dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE saya kini WAHM(working at home mom) menguruskan BIZ SHAKLEE ni. Ye anak2 sumber kekuatan saya, kerana anak saya kenal shaklee dan kerana anak2 juga saya BULATKAN TEKAD untuk mendaki tangga dalam shaklee. Hingga kini saya sudah separuh jalan dengan shaklee, dan sehingga kini macam2 nikmat bershaklee yang saya telah rasai. Gaji bersih sebagai distributor shaklee (bonus bulanan) yg hampir 5 angka dah saya rasai. Yang terkini saya layak menikmati PERCUTIAN 6 BINTANG ditaja 100% oleh shaklee. Bergenang air mata tatkala mendengar kata2 auni "terima kasih mama, bwk kitorang tido hotel yang cantik ni" anak2 kata2nya jujur...tiada kata yg dapat saya luahkan ketika itu melainkan SYUKUR YA ALLAH atas nikmatmu ini. 

Sejak bershaklee ni banyak yg berubah bukan sekadar ekonomi keluarga yg makin kukuh, saya juga rasa lebih tenang kerana amalan utama group shaklee kami ialah BACK2BASIC iaitu menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa, group kami sangat mementingkan amalan rohani dan sebab itu lah agaknya JIWA SAYA KENTAL, HATI SAYA TABAH mengharungi setiap dugaan dan halangan dalam shaklee ni. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan biz sahklee ni bersama group ini. Kejayaan bukan sahaja didunia tetapi juga bekalan akhirat dikumpul sama. dalam banyak2 biz yang saya cuba ceburi SHAKLEE lain dari yang lain sbb dengan shaklee saya jana pendapatan dengan 24jam sehari anak2 didepan mata, makan minum serta keperluan mereka terjaga, begitu juga dengan tanggungjawab terhadap suami, tak pernah terabai, tiada lagi kelas malam yg perlu dihari meninggalkan anak dan suami semuanya ONLINE. Allah maha mengetahui Dia lorongkan saya pada jalan ini dan dipermudahkanNya pula, itulah pentingnya menjaga hubungan dengan Allah. teringat kata PM Cery super upline shaklee saya, "kita hidup bertuhan, Dia biz partner kita, kalau kita jaga hubungan denganNya InshaAllah, Dia jaga keperluan kita". MashaAllah, benar sungguh kata2 itu, cari redha Allah kerana itu jaminan untuk kejayaan dunia dan akhirat. 

Sampai sini saja, celoteh saya disini, InshaAllah lepas ini saya cuba untuk "hidupkan kembali" blog ini dengan pengisian yg boleh beri manfaat kepada pengunjungnya. Kepada ibu2 diluar sana yang juga SID shaklee, jangan putus asa jika hari ini anda belum sampai dimana2 kerana "the beginning is always the hardest" teruskan berjalan inshaAllah kejayaan bersama anda.

Jom tgk detik2 percutian 3 hari 2 malam yg shaklee bagi free ni serta 4 award yg saya berjaya rangkul tahun ini :)

Ketibaan kami disambut dengan gamelan serta kalungan bunga


Bilik saya, suite tau shaklee bagi, ni runag tamu
Yang ni bilik tido siap dgn meja eksekutif skali

Award hari pertama

Ini CEO Shaklee aka pemilik shaklee corporation Mr Roger Barnett, gambar ni lepas welcome diner di Sunway Beach Resort....makanannya wallah!

Hari kedua menerima award....bwk skali bodyguard nek pentas sbb diorg ni supporter tegar mama ^_^

Tido A'isy keletihan ambil award ala2 bintang fofular gitu hehe

Award hari kedua 

 Glitters Nite (Gala Diner untuk star award achiever)

 Makanan sodap2 tau, yg ni starter

 Bergambar kenangan


Yang ni hari ketiga, shaklee belanja masuk Sunway Lagoon bukan tu aje semua PERBELANJAAN Shaklee tanggung tau, bawak badan jek!

Ok peeps, till we meet again....thanks sudi jengok blog saya!