Friday, July 18, 2014

Kesedihan Berganda - Malaysia diuji lagi MH17 kami bersamamu

Bulan ramadhan ni memang saya masuk tido awal sebab nak tidokan Auni lebih awal. Semalam mmg kedengaran bunyi notification dr phone tapi malas nak tengok. Lepas auni dan a'isy tido tergerak hati nak tengok phone. Ya Allah.....sayu sgt hati ni baca, saya berkata-kata sendiri, harap2 semua ni tidak benar, tapi bila pengumuman dibuat oleh PM luluh hati ni, tak tahu nak kata apa cuma doa dan kiriman Al Fatihah sahaja yg keluar dari mulut ni. Belum pun 6 bulan misteri MH 370 kini sekali lagi Malaysia diuji. Semoga ada hikmah yang besar Allah janjikan buat kita semua rakyat malaysia. Ramadhan ini banyak betul berita2 sedih menyapa diri isu palestine "dilapah" zionist dan kini tragedi MH 17 pula menyentap emosi. 



Salam TAKZIAH untuk semua ahli keluarga yang terlibat. Moga diberi kekuatan dan ketabahan. Moga mereka yang dijemput oleh Allah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Ya Allah! berilah kekuatan pada semua rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi ini. 





Sepertinya Aidilfitri tahun ini tidak seindah biasa. 

Wednesday, July 16, 2014

Tips ajar anak kenal Al Quran

Assalamualaikum, alhamdulillah dah masuk ke fasa kedua bulan ramadhan. Masih lagi cerita tentang auni. Spesel sangat tahun ni, sebab kami berjaya latih auni berpuasa penuh, stakat ni belom ponteng lagi dia. Dan semalam Nuzul Quran merupakan hari yang sama Auni start baca Quran page 1. Syukur sangat sebab dia dah boleh baca quran, mama paling excited bila dengar Auni mengaji. InshaAllah mama nak konsisten baca quran sama2 dengan auni selepas solat maghrib setiap hari. Saya mula dedahkan Auni pada huruf2 jawi seawal dia 3 tahun lagi, sebab sedari lahir bayi dan kanak sudah boleh belajar memahami jika kena cara penyampaiannya. Diusia 2 tahun otak kanak2 boleh beroperasi 80% seperti otak orang dewasa, otak mereka seperti sponge yg boleh serap semua input dengan baik, oleh itu hati2 tentang apa yg kita tanamkan pada mereka diusia kritikal ini sebab itu yg mencorakkan mereka. Nak share banyak tips saya bukan pakar dalam mendidik anak2, banyak sangat kekurangan yang perlu diperbaiki tapi saya share cara saya. Ini adalah pengalaman semata2.

1) Disiplinkan anak untuk mengaji (kalau nak ajar membaca pun sama). Saya buat 5 hari seminggu sabtu ahad takde kelas mengaji. Sehari cuma 30minit dah memadai sbb budak2 fokusnya tak lama. 

2) Jangan marah kalau dia lambat dapat. Kita nak dia seronok kalau asyik marah nanti dia xmo mengaji.

3)Tepuk tangan atau puji jika dia dapat membaca apa yg diajar dengan betul. Saya juga berikan imbuhan seperti belanja eskrim sebab tadi pandai mengaji. Esok pasti dia lebih semangat.

4)SABARRRRRR ini bahagian kita, kena banyak2 sabar....Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang cepat hilang fokus. Tapi hasilnya lumayan!

Ok rasanya itu sahaja perkongsian dari saya. Dah tiba turn A'isy pulak, mama kena prepare sbb rasanya A'isy lebih mencabar sbb mummy boy ni terlebih manja.


Friday, July 11, 2014

Erti Ujian dalam Kehidupan

Salam ramadhan, alhamdulillah dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Semoga puasa tahun ini bantu kita menjadi insan yang lebih bertaqwa...inshaAllah. Hari ni takmo membeebl panjang just nak share sebuah puisi dari salah seorang mentor saya dalam shaklee, seorang wanita yang sangat tabah, sangat dedikasi, sangat menjaga amalan rohani dan sangat saya kagumi. Dia idola saya. Puisi ini sanagat bermakna bagi saya kerana dengan membacanya saya mendapat kekuatan dan semangat.

Inilah puisinya... Semoga dapat menyejukkan hati anda yang memerlukan puisi seumpama ini..

Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri.
Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika kau dilanda resah dan kecewa ,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan.
Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu,

Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang keteguhan.

Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kemurahan hati.
Maka :
Tetaplah bersemangat
Tetaplah bersabar
Tetaplah tersenyum
Teruskan belajar...
Kerana kita semua sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan....
Ingat Tuhan menjadikanmu di tempat kamu sekarang, bukan kerana kebetulan....
Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui :
.....Kemudahan
.....Kesenangan dan
.....ketenangan
Melainkan mereka dibentuk melalui :
Kesukaran...
Tentangan dan

…air mata...



Salam ceria,
aniszzddin

Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan kali ini Auni dah mula berpuasa penuh.

Salam ramadhan dear all. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan tahun ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Dikurniakan hidayah untuk lebih dekat kepadaNya. InshaAllah.Macam tahun2 yang lalu ramadhan disambut sederhana oleh keluarga saya dari segi juadah kami kekalkan juadah berbuka sama macam makan malam bulan2 biasa, sbb dari awal2 lagi saya dan suami dah berpakat untuk tidak membazir dengan berbelanja dipasar ramadhan. Bukan apa, biasanya apa yg dibeli tak habis pun dimakan. So bila amsak sendiri saya akan masak cukup2 aje sebab sahur saya akan masak lain, lauk simple tapi fresh baru selera nak bersahur hihi.

Tahun ni sangat istimewa sebab anak dara saya dah mula berpuasa, setakat ni tak tinggal lagi, papa dan mama seronok sangat. Tak susah juga nak latih Auni berpuasa cuma perlu pastikan dia makan waktu sahur dan ambil cukup air. Jadi saya memang akan pantau kuantiti makanan dan air yang diambil supaya dia tak letih dan lesu disekolah sampai tak boleh fokus. Alhamdulillah setakat ini dia aktif je walaupun bersekolah pagi dan petang serta sambung pergi mengaji lepas balik dari KAFA. 

Selain itu saya juga bagi keistimewaan kepada dia untuk tetapkan menu berbuka. Saje ikut selera dia supaya dia rasa seronok. Setakat ni Auni request yang simple2 jer. Selain dari diet yang seimbang saya juga berikan dia supplement tambahan supaya dia perolehi cukup nutrient. Ia penting untuk sistem imun dan tumbesaran dia. 

Semoga Auni berjaya habeskan 30hari berpuasa bulan ramadhan tahun ini. Sampai kita jumpa lagi!