Thursday, January 22, 2015

Syukur seorang isteri

Tak tahu dari mana nak mula, sbb saya sangat teruja, sangat gembira....tak tau nak gambarkan macam mana gembira sampai menitis airmata....

Hari ini saya sangat bersyukur kerana salah satu doa saya dah dimakbulkan Allah.....Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah....

Suami saya seorang perokok tegar, mula merokok pada usia 15tahun. sekarang umur dia 34 tahun bayangkan hampir 20 tahun merokok....sudah beberapa kali dia cuba untuk berhenti especially bila dia batuk teruk....tapi semuanya sementara. Tapi kali ini berbeza, saya boleh rasanya yang dia tekad. sudah sebulan dia tak merokok, dan hari ini saya terjumpa kotak rokok dalam bakul sampah bilik kami. Berderau hati saya, terus terdetik dihati, Ya Allah dia tewas lagi berperang dengan diri sendiri, perasaan ketika itu hampa, tapi tiba2 hati tergerak untuk mengambil kotak rokok itu. Bila saya ambil dan buka, saya terkedu sebab masih berbaki 18 batang didalamnya....terus menitis airmata gembira.....terima kasih ya Allah atas rahmatmu, atas kasih sayangmu. Sesungguhnya Engkau yang memegang hati2 kami. 





Hanya Alhamdulillah jadi zikir dihati. Semoga ianya berkekalan Ya Allah. Jangan Kau bolak balikkan hatinya setelah setelah kau berikan hidayah ini. Sebagai isteri saya oraang paling gembira, paling bahagia..... 

Sekian sahaja kisah, SYUKUR SEORANG ISTERI!

Anis Hussin


Sunday, January 18, 2015

Kuali magik aka magic pan kesayangan hamba

Magic Pan suatu ketika dulu bagaikan fenomena....semua orang ingin memilikinya termasuk saya. Bukan apa teruja dgn kehebatan magic pan tu memasak makanan bukan tu aje cepat makanan disediakan. bayangkan boleh masak kek pisang dlm masa 5 minit memang magic la kan???? 

kuali magik


Saya dapat magic pan ni sebagai hadiah hari jadi dari kakak saya. Memang seronok sangat, orang suka masak dapat plak gadget untuk memasak apa lagi memang hepi sangat la kan.

Kuali ajaib ini tidak melekat dan kurang menggunakan minyak. Sejak menggunakan kuali ajaib  ini saya tidak menggunakan  setitis minyak pun mahupun butter untuk memasak daging burger, sosej dan sebagainya. Jika memasak roti canai segera pun menjadi  sangat lembut, buat lempeng kelapa, dan ikan bakar pula terhasil cantik, garing dan  tidak melekat.

Bukan hanya panggang je boleh rebus juga tau....ala2 pressure cooker hehe. So agak jimat juga lah sebab serba guna....


magic pan

magic pan

magic pan


Ni antara gambar2 penggunaan magic pan tu, salai ikan haruan utk masak cili api, melempeng dan juga buat bakar ikan....yang lain-lain tak teringat nak amek gambar hehe...

Sekarang harga magic pan ni dah murah sangat tau, boleh dapat bawah rm100 pun. So kalau yang belum ada boleh le beli....berbalo-baloi!

Sampai jumpa lagi! Sayonara!

Anis Hussin


Friday, January 16, 2015

Resepi nasi ayam 30 minit!

Nasi ayam memang kegemaran Auni dan A'isy. Nasi ayam juga menu wajib ada dalam setiap minggu dirumah saya. Rasanya semua orang pandai buat nasi ayam ni sebab memang sempoi je penyediaannya. Tak dinafikan memang banyak resepi nasi ayam pelbagai versi diblog2 masakan....tapi korang meati xpernah jumpa NASI AYAM 30 minit kan???? Kan????

Hihi....nak dijadikan cerita, satu hari ni saya memang kelam kabut pergi ke HQ shaklee disubang untuk beli vitamin2 yang saya kena COD hari itu juga dan saya terlupa yang saya janji dengan anak2 nak masak nasi ayam haritu dek kerana kalut sangat. 

dalam perjalanan pulang dari shaklee saya baru teringat yang saya janji nak masak nasi ayam....masa tu jam dah pukul 12 tengahari saya kena jemput A'isy kat sekolah dan 12.50 giliran auni pulak....mana nak sempatkan nak masak nasi ayam, ayam pun beku dlm freezer.....so tengah kusut pikir tu tiba2 saya nampak stesen minyak petron. Terus dapat idea. Saya singgah PETRON dan beli ayamas yang ada jual kat situ memang ayam panggangnya boleh tahan, perisa kegemaran kami ialah percik.



Balik rumah saya hanya perlu masak nasi ayam aje, ayamnya dah ada hehe....pastu buat sup kosong dan potong timun dan tomato. 


Nasi ni letak kiub ayam jer xde stok ayam sebab ayamnya instant hehe


Sup pon sup segera, bawang merah, bawang putih, kiub ayam bg rasa...pehtu tabur le daun bawang ngan daun sup hihi.....nampak sedap juga 


Tadaaaa......  siap nasi, sup, ayam, sos serta timun dan tomato



Total masa yang diambil hanya 30 minit tau....Alhamdulillah Auni balik jam 12.50 tu dan boleh makan dan boleh bersiap untuk ke KAFA. Hebatkan mama hihi...

p/s: kalau2 ada tetamu "adhoc" boleh cuba trick ni tau ^_^

Sekian tips mama....sampai jumpa lagi!

Thursday, January 15, 2015

Bawa bekal ke sekolah cara mudah atasi keracunan makanan.

Sesi persekolahan dah bermula bagi tahun 2015. Alhamdulillah, auni dan A'isy seronok menjalani sesi persekolahan macam biasa. Untuk Auni mama masih bekalkan makanan dan minuman untuk sekolah kebangsaan dan KAFA sama macam tahun lalu. Bukan atas sebab dia tak pandai belanja kat kantin tapi sebab banyak kes keracunan makanan buat mama tekad untuk sediakan bekal makanan kesekolah dari hari pertama lagi. 

keracunan makanan

Dari pemerhatian mama dan "hasil sembang2" dengan auni ramai juga kawan-kawan sekolah dia yang bawa bekal. Seronok mama dengar sebab memang masakan rumah adalah yang terbaik buat mereka. SEbab, jika kita sendiri yang sediakan makanan, kita boeh kawal garam, gula dan perasa yang digunakan. Bukan itu saja kita juga memang yakin yang makanan itu disediakan dengan bersih dan bukan bahan-bahan yang dah luput tarikh.

Namun saya faham, bagi ibu-ibu yang berkerjaya berhadapan dengan kekangan masa. Ibu jangan susah hati, ibu boleh sediakan makanan yang ringkas-ringkas contoh sandwich, nasi goreng, pasta goreng dan menu-menu lain yang penyediaannya ringkas. InshaAllah usaha kita ini berbaloi.

Sampai sini saje celoteh saya untuk kali ini. InshaAllah nanti saya kongsikan resepi-resepi mudah untuk bekal sekolah anak, semoga bantu beri idea buat supermak diluar sana. Till we meet again!

Me,
Anis Hussin

Monday, January 5, 2015

Tips elakkan pinggan mangkuk penuh dalam sinki

Tak boleh blah tajuk tu kan....kiki. tapi memang tau ramai ibu2 yang mengalami situasi ni especially yang anak ramai dan rapat-rapat tu. Maklumlah semua nak diuruskan memang terkejar2 kan. 


ni pencuci pinggan peberet saya!


Biasa macam ni lah pemandangan bila tak terus basuh lepas masak kan??? So bila banyak dah jadi pening dan malas nak basuh....so tangguh bila free tu yang jadi penuh sinki huhu....

So macam saya setiap kali saya masak saya akan terus basuh mangkuk ke kuali ke apa jugak la perkakasan memasak saya tu supaya bila siap masak siap basuh skali. 

So bila makan, lepas makan cuma basuh pinggan yang guna makan tadi. Anak yg besar suruh basuh terus pinggan dan gelas lepas makan. Malam sebelum masuk tido saya akan pastikan takde pinggan amangkuk dlm sinki supaya esok bangun pagi boleh terus masak tak perlu nak kemas dapur sinki segala. So dengan cara ini, kerja lebih teratur dan paling penting sarapan cepat disediakan.

Semoga membantu ibu-ibu yang rimas rumah berserak macam saya. 

Aktiviti bersama anak2 cara saya "creat bonding" dgn mereka!

Sejak jadi WAHM ni saya kena plan masa saya. Saya kena balancekan masa bershaklee dan masa bersama keluarga. Sebab saya kerja sendiri jadi masa saya flexible. Biasanya saya akan cari masa lakukan aktiviti bersama anak-anak saya mcm melukis bersama, buat craft mcm loom band, buat gelang dari manik dan yang terkini saya buat cupcake dan cake coklat dan ajak anak-anak deco the way they want it.

Seriuosly diorg nampak sangat enjoy dan happy. Anak-anak sebenarnya mahukan perhatian kita. Jadi luangkan sedikit masa lakukan aktiviti bersama mereka. Dengan cara ini, kita dapat eratkan hubungan dengan mereka. Dan yang paling penting mereka tak rasa mereka terabai dan saya hanya sibuk kejar impian saya.


Puas mama cari edible image utk cuppies tu, theme barbie tau!



Ni cake coklat kukus love shape pastu deco dengan mash mallow. Dua2 excited nak deco cake ni. Naseb mama dapat idea ni hehe, dulu penah deco guna coklat m&n yang colorful tu. Janji diorang happy, mama pun happy.


Taaadaaa.......inilah hasil kerja kami bertiga! Not bad la kan.

Sampai jumpa lagi di entry yanag akan datang!