Saturday, November 21, 2015

Resepi Ayam Tandoori

RESEPI AYAM TANDOORI MAMAK HAJI
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

- 6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan.
- 1/2 cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style. (nestle cawan kecil).
- 2 sudu besar rempah tandoori.
- 2 sudu besar pes halia bawang putih dilurkan kesemua ketulan ayam.
- 2 sudu besar jus limau nipis.
- 1 sudu garam masala. *saya tak letak sbb takde
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu kecil
- 2 sudu besar daun ketumbar segar yang dicincang halus.
- 2 sudu besar minyak masak. Minyak ini bukan untuk apa..tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit.
- 1/2 sudu kecil serbuk pewarna oren merah ..kalar kesukaan mamak. kalau tak ada tambah serbuk kunyit sedikit. (saya tak letak)
- 1 biji bawang labu bersaiz besar dihiris bulat.
- Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa. Tak mahu aji guna gula sikit.


CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Penyediaan Pes Tandoori- 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adun serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan Jadikan pes.

2. Masukan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa kalau nak warna tandoori ayam anada berwarna merah menyala masukkan pewarna kalau tak apa. Gaul sebati adunan ini.

3. Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa.
4. Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Tentukan ketulan ayam disaluti dengan baik.

5. Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik se malaman di peti sejuk bahagian dingin.

6. Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada..kalau tak ada kuali biasa pun boleh..masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. jangan hangus kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50% masak.

7. Sementara itu panaskan oven dalam suhu 180 C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam tetapi ia menentukkan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. kalu bakar ayam penuh buat begini.



8. Masa pembakaran awal ada lah 30-40 minit, selepas itu terbalikan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam. Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.

Selamat mencuba!

Salam ceria,
Anis

Resepi Roti Nan yang lembut dan mudah disediakan

Roti Naan

300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut..



Caranya

1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dr resepi diatas bakinya nanti
masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam..kacau biarkan selama 5
minit. *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti dlm
gambar

2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder
dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti

3. Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung..aduk sebati
kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga
adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit

4. Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain
lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c
atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan
doh)

5. Adunan dah naik... bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan
sedikit tepung..Bulatkan2 seperti dlm gambar sehingga habis. biarkan
seketika dlm 10 minit tutup ngan kain..



6. Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan
masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat
pau)



7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya
cheese tadi tak terkeluar

8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana
sahaja atau perlahan

9. Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan
roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia..

10. Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging,
chicken tandoori dan timun yogurt
** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye..
** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.
** jika anda suka letak madu..siap masak layang2kan madu atas roti naan tadi...

Mesti cuba tau resepi ni sebab memang lembut sangat roti nan ni.... serius takntipu tau :)

Salam ceria
Anis


Monday, August 24, 2015

Asam Rebus Ikan Parang memang mabeles!

Kat umah ni, kalau asam pedas memang all time favorite. hari-hari asam pedas pon memang diorang (anak-anak suami) layan jer. Memang sejak kawen tak pernah masak asam rebus sebab mr hubby memang request asam pedas jek plus mak dia memang masak asam pedas jer dari dia kecik. Kiranya ni adalag first time dia makan asam rebus.....sian kat mamat nih dah 3 series baru merasa asam rebus....kikiki.

Last weekmak saya datang rumah, bermalam kat rumah ni beberapa hari. So asam rebus ni dia yang bagi idea untuk menu lunch haritu, daku punya la excited sebab dah lama tak makan....semangat pergi kedai acheh nak beli ikan, plan asal nak guna ikan kerisi aje tetiba kat kedai ada ikan parang, apa lagi grab je la kan....memang mabeles ikan parang ni kalau masak asam pedas atau asam rebus. Tak caya tanya orang melaka, mesti diorang setuju hehe.

Asam rebus ni lagi mudah berbanding asam pedas sebab tak perlu nak tumis, dia ala2 masak singgang tuh....simple sangat. So resepi kami anak beranak macam ni.

Bahan-bahan:

ikan parang (ikan2 lain yang sesuai menurut mak ialah ikan kerisi, ikan kembung, ikan merah, ikan tenggiri)

Bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit hidup
cili padi 
cili merah

asam keping
daun kesum
serai (ketuk2 jer)

saya tak letak sukatan sbb bergantung kepada berapa banyak ikan yang nak dimasak tu ye. 

Cara:
1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Tambahkan air, serai dan asam gelugur.
2. Didihkan bahan dalam periuk tadi, dan kemudian masukkan ikan dan daun kesum.
3. Apabila ikan telah masak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur.
5. Hidangkan panas.


asam rebus ikan parang


p/s: boleh juga letak nenas dalam asam rebus ni....memang layan. 

Salam ceria,
anis hussin

Friday, July 24, 2015

Petua menyimpan makanan agar kekal segar!


Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Entry kali ini tentang beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan agar kekal segar.

makanan segar


Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.

Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.

Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.

Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.

Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.

Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.

Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.

Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.

Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.

Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.

Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.

Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Salam ceria,
anis hussin


Saturday, April 18, 2015

Puri in the house! Macam tak percaya jer ^_^

Assalamualaikum, semoga semuanya sihat2 sahaja! Teruja sangat nak buat entry ni sama macam teruja masa nak cuba resepi ni. Maklumlah orang melayu nak masak masakan india. Resepi yg saya cuba hari ini ialah puri. First time makan kat kedai mamak dekat umah ni, hubby yg kenalkan dgn puri ni. Ok la kena dengan tekak saya. Anak-anak pun suka so saya mula cari-cari resipi untuk cuba buat sendiri, belek punya belek berkenan dengan resepi yg kak ita Masam Manis kongsikan kat blog dia. 

Kredit untuk kak ita untuk resepi ni. Resepi ni mudah sebab guna je bahan-bahan yang ada kat rumah ni. 

PURI

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh garam
150 ml air

1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak


Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar

Masukkan juga garam

Tuangkan air sedikit-sedikit

Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut

Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit


Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentunya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri 


Panaskan minyak dalam kuali.

Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.

Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas

Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.
Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula
Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung
Bila dah gelembung terus angkat.

Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya..

Kat kedai mamak puri ni dihidangkan bersama kuah dal. Yang ni resepi suka hati namanya a.k.a resepi sendiri.


Kuah Dal

1 cwn kacang dal (direndam seketika dan kemudian direbus)
sebatang lobak merah saiz sederhana - potong baji ke dadu ke ikut la
2 biji kentang saiz sederhana - potong2 macam lobak tu jugak
Bawang besar - diracik
Bawang putih - diracik
Cili kering 3 tangkai - potong besar2
Daun kari - 3-4 pelepah
1 sudu besar serbuk kari
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih 
Biji sawi sikit je
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Bila dah panas tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, dan rempah 4 sekawan tadi. Kemudian masukkan sikit air. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Masukkan pula kentang, lobak merah dan kacang dal. Tambah air dan masak hingga lobak dan kentang empuk. Kalau nak pekat biar kering sikit. Sebelum angkat masukkan garam. Siap! Dah boleh lah dihidangkan. 


Sedap makan masa panas2 puri ni. Oh ye jangan lupa teh tarik juga. Baru feel mcm makan kat kedai mamak hehe.

Selamat mencuba!

Salam ceria,
Anis Hussin





Monday, April 13, 2015

Resepi nasi kerabu mabeles!

Nasi kerabu ni asalnya makanan dari pantai timur tapi dah jadi makanan kegemaran 1 malaysia sebab boleh didapati disemua negeri kat semenanjung malaysia ni. Saya orang johor tapi saya sangat suka nasi kerabu. Anak2 dan suami pun suka. So sekali sekala buat la kat umah atas permintaan. Saya biasa buat ikut resepi saya tapi yang ni saya kongsikan resepi dari Azie Kitchen


Nasi

Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. 


Ni rupa bunga telang tu. Saya nak cuba tanam nanti.

Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.


Kuah Tumis

Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi (saya guna ikan sardin aka ikan selayang)
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam

Gula


Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

Solok Lada

Bahan bahan:
Kelapa parut putih - ambik kelapa sedikit muda
Ikan kembung/sardin 
Gula melaka
Garam
Gula
Sedikit air asam jawa
Telur 



Cara cara:
Ikan rebus diasingkan tulang dan isi. Tumbuk isi ikan dan digaul dengan kelapa parut dan ditumbuk sedikit kelapa yang sudah bergaul dengan isi ikan. 

Tumbuk pula gula Melaka dan garam. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa tadi. Masukkan gula dan air asam jawa secukupnya.  

Akhir sekali, masukkan sebiji telur dan digaul sebati sehingga boleh dikepal. Siap untuk digunakan.

Lada solok dibelah dua dan dikorek keluar biji biji di dalamnya. Sumbat bahan inti kelapa di atas tadi padat padat ke dalam lada. Biarkan sehingga intinya membuncit keluar.  




Susun lada yang telah disumbat di dalam periuk dan tuangkan santan. Masukkan sedikit garam dan gula. Masaklah sehingga santan hampir kering. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga dikukus lada yang telah disumbat di dalam periuk pengukus.


Ulam ulaman


Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh


Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 


Cara Menghidang


Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.


Banyak sikit keje nak buat nasi kerabu ni. Tapi sbb teringin punya pasal gigih ahkak buat tau.  Oh ye saya ada lauk tambahan, ikan celup tepung.....tu je yg senang. Nak bakar daging atau ayam malas. Telur masin pun lupa beli masa tu hehe.

Sekian resepi kita. Jangan lupa cuba tau!

salam ceria,
anis hussin

Saturday, April 11, 2015

Jeruk mangga asam boi yang mabeles

Salam hujung minggu, sekarang ni mcm dah mula musim mangga. mangga kat rumah kakak saya lebat berbuah, tapi malangnya tahun ni ia seperti terkena jangkitan. Buahnya memang besar-besar tapi tak boleh masak, bila matang saja dah dimakan ulat kalau tunggu masak memang dah buruk terus. So sebab sayang saya pun petik yg muda-muda tu untuk cuba buat mangga asam boi yg suatu masa dahulu bagaikan fenomena hehe.....

kali ini saya mabil resepi dari kak azita Masam Manis. Blogger dapur yg tak asing lagi. Biasanya resepi-resepi yang kak ita kongsikan memang meletopsss.....


JERUK MANGGA ASAM BOI


4 biji mangga muda

20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!


Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.

Yag menariknya kak ita rendam dahulu mangga dengan air kapur. Ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.

Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.



Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata

Akhir sekali masukkan asam boi.
Resepi ni kak ita tambahkan limau. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. saya guna limau kasturi sebab katanya lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk. 
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.

Senang kan???? Sap...sap...soi kata orang cina hehe. Selamat mencuba ok!

Salam ceria,
anis hussin