Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Aktiviti bersama anak2 cara saya "creat bonding" dgn mereka!

Sejak jadi WAHM ni saya kena plan masa saya. Saya kena balancekan masa bershaklee dan masa bersama keluarga. Sebab saya kerja sendiri jadi masa saya flexible. Biasanya saya akan cari masa lakukan aktiviti bersama anak-anak saya mcm melukis bersama, buat craft mcm loom band, buat gelang dari manik dan yang terkini saya buat cupcake dan cake coklat dan ajak anak-anak deco the way they want it.

Seriuosly diorg nampak sangat enjoy dan happy. Anak-anak sebenarnya mahukan perhatian kita. Jadi luangkan sedikit masa lakukan aktiviti bersama mereka. Dengan cara ini, kita dapat eratkan hubungan dengan mereka. Dan yang paling penting mereka tak rasa mereka terabai dan saya hanya sibuk kejar impian saya.


Puas mama cari edible image utk cuppies tu, theme barbie tau!



Ni cake coklat kukus love shape pastu deco dengan mash mallow. Dua2 excited nak deco cake ni. Naseb mama dapat idea ni hehe, dulu penah deco guna coklat m&n yang colorful tu. Janji diorang happy, mama pun happy.


Taaadaaa.......inilah hasil kerja kami bertiga! Not bad la kan.

Sampai jumpa lagi di entry yanag akan datang! 








Tuesday, August 2, 2011

Berpuasa semasa hamil

Salam semua. Saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan walaupun terlambat satu hari maklumlah sibuk siapkan itu dan ini tak sempat nak update blog. Alhamdulillah dah sempurna satu hari puasa pada tahun ini. Semoga hari2 yang berikutnya pun sempurna puasa kita seperti hari ini. So N3 kali ni khas untuk rakan2 diluar sana yang sedang hamil dan ingin menjalani ibadah puasa ini. Semasa mengandungkan kedua-dua anak saya, saya dapat berpuasa hingga habis....Alhamdulillah!
Ini artikel yang boleh dijadikan panduan oleh ibu2 yang sedang hamil. Jom kita sama2 baca.

Adakah selamat jika saya berpuasa semasa hamil?

Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat.

Berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
  • Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:
  • Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan.

Apakah amalan lazim wanita lain?

Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa.

Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan.

Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka.

Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa?

Rancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
  • Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
  • Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
  • Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

Sumber: Baby Centre Malaysia

Wednesday, July 13, 2011

Jaundis

Salam semua! Hari ni topik kita ialah "jaundis" a.k.a "demam kuning". Kebetulan semalam saya pergi melawat anak saudara saya yang baru berusia 13 hari. Macam bayi2 yang lain dia pun kena jaundis ni. So hari ni saya nak share tentang jaundis ni dengan ibu2 atau bakal2 ibu. Saya perolehi artikel ini dari klinik pakar kanak2 dan ade setengah saya baca di internet. Semoga apa yang saya share ni dapat membantu mengurangkan kerisauan para ibu.

Adakah saya perlu risau tentang jaundis bagi bayi saya yang baru lahir?

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.

Apakah puncanya?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.

Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?

• 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.

• 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Bagaimana merawat jaundis?

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital.

Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis.

Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat.

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis?

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.

Adakah jaundis berbahaya?

Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.

Inilah sebabnya.......

Semalam terjumpa seorang teman yang tinggal dekat dengan rumah saya. Waktu tu saya baru jer balik dari ambil auni balik dari mengaji. Kakak ni tanya..... berapa umur Auni anis dah hantar dia pergi mengaji.... dia kecil lagi..... membazir jer! Saya cuma senyum sendirian dan ini jawapan nya. Ni saya copy n paste ape yang wardina safiyyah cakap dan saya juga sependapat dengan beliau...... so inspired!

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

p/s: Melentur buluh biarlah dari rebungnya!



Thursday, June 23, 2011

Pemilihan susu formula.

Susu Ibu adalah susu yang terbaik bagi bayi. Tetapi menjadi masalah apabila ibu tidak dapat mengeluarkan jumlah susu yang cukup untuk menampung keperluan bayi disebabkan pelbagai masalah atau keadaan.Oleh itu penggunaan susu formula adalah menjadi alternatif lain bagi para ibu. Ibu bapa sering mengalami masalah semasa membuat keputusan untuk memilih susu formula yang sesuai bagi bayi mereka. Ini disebabkan oleh terdapat pelbagai jenama yang terdapat dipasaran. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila ibu bapa mendapat terlalu banyak informasi dari doktor, jurujual, risalah atau dari pengalaman ibu2 lain mengenai susu formula ini. Maklumat yang diperolehi selalunya bertentangan antara satu sama lain. Jadi disini saya ingin kongsikan panduan asas untuk memilih susu formula yang sesuai untuk bayi dan anak anda.

Susu Formula terbaik adalah susu yang sesuai dengan keadaan bayi dan tidak menimbulkan sebarang kesan kepada bayi. Bukan kerana yang disukai, termahal atau mengandungi berbagai bahan untuk kecerdasan.


Pemilhan susu formula yang tidak tepat akan mengakibatkan gangguan beberapa fungsi dan organ tubuh seperti cirit birit, sering batuk dan sebagainya. Gangguan sistem tubuh tersebut ternyata dapat mengganggu pertumbuhan dan perkembangan anak.

Pemilihan susu terbaik bagi anak harus dilakukan secara cermat dan teliti. Susu merupakan makanan bayi dan anak yang diambil setiap hari dalam jumlah banyak dan jangka panjang. Bila susu tersebut tidak sesuai ia boleh menimbulkan gangguan dalam perkembangan bayi dan berlaku terus menerus dalam jangka masa yang panjang.

Thursday, February 3, 2011

Istimewanya penyusuan ibu

Penyusuan ibu sangat istimewa kerana ia memberi banyak manfaat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Melalui medium penyusuan ibu, perasaan kasih sayang yang erat diwujudkan. Ikatan antara ibu dan anak sangat rapat (tengok lah auni da 4 tahun tp nak melekat jer ngan mama).
Melalui sentuhan yang berlaku semasa penyusuan dan degupan jantung ibu bagaikan irama yg merdu yang membuatkan bayi akan terasa selamat dan nyaman kerana berada dalam pelukan ibu ( hehehe ni yg jadi mcm a'isy.... letak je menangis....) sbb mmg sangat lah seronok duduk aje atas riba. Ibu pula dapat berehat sewaktu menyusukan bayi kerana berlakunya tindak balas hormon oksitosin ynag dikenali sebagai hormon yang dapat memberi ketenangan. Selain itu ibu juga akan dapat mengawal berat badan kerana proses ini dapat membakar kalori. antara faedah2 lain penyusuan susu ibu ialah menjimatkan, mudah dan menguatkan antibodi bayi.
Semoga N3 yang tak seberapa ni dpt memberi manfaat kepada ibu2 dan bakal2 ibu. Marilah kita menyahut saranan kerajaan supaya mengamalkan penyusuan ibu. Saya sokong penyusuan ibu!

Saturday, January 1, 2011

Potty Training

Ha.... arini nak bercerita tentang pengalaman "potty training" cik amira auni. Mula2 tu mmgterasa sgt mencabar dan penat sbb berlaku accident beberapa kali (auni terkencing n ter...... dlm panty dia) tp atas kesabaran dan kesungguhan akhirnya auni da takyah pakai pampers lagi diwaktu siang hari. Hooooray!!!!!! Ni nak kongsi skit tips camana nak "potty training" Mula2 kita kena tahu adakah anak kita da ready utk "potty training". Camana nak tau? Ooooo camni, anak kita da ready bila:

1-dia da blh buka dan pakai panty sendiri
2-dia faham bila kita ckp kita kencing atau b....k kat toilet
3-dia da blh cakap

ini antara tanda2 yg ketara ada lg tanda2 lain. Pastu blh la mulakan sesi "potty training" tu. Selalu ingatkan dia camni "kalau nak kencing ckp tau!" tanya selang setengah jam atau sejam. Pastu ajar dia duduk kat toilet n ajar dia bersihkan private part dia tu. Budak2 suka kalau dpt main air so secara tak langsung akan encourage dia pergi ke toilet. Selepas sebulan InsyaAllah anak anda tak akan pakai pampers disiang hari. Ini baru first level, skrg ni aku tgh usahakan utk auni tak payah pakai pampers dimlm hari pulak. Kalau da berjaya nnt kita share ye.

Saturday, December 25, 2010

Berpantang......

Hari ni adalah hari terakhir saya berpantang anak yang kedua. Bagi saya berpantang adalah penting dan perlu diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan kesihatan si ibu. Bak kata emak saya "kalau ibu sihat baru boleh jaga anak dengan baik" sebab tu pentingnya berpantang supaya ibu boleh cepat sihat dan bertenaga. Berikut ialah amalan2 ketika berpantang. Semoga artikel ni dapat memberi sedikit manfaat kepada bakal2 ibu.... InsyaAllah.


Berbengkung

Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara

Urut-mengurut

Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.

Bertungku

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.

Jamu

Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:

• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.

Mandi-mandian herba dan akar kayu

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan daun herba, akar kayu, dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus. Biasanya mandian herba diamalkan selama seminggu. Tapi semasa saya berpantang emak sya akan sediakan mandian herba ini selama 44 hari. terima kasih emak :D

Lain amalan pantang

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.