Showing posts with label Auni and A'isy. Show all posts
Showing posts with label Auni and A'isy. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Aktiviti bersama anak2 cara saya "creat bonding" dgn mereka!

Sejak jadi WAHM ni saya kena plan masa saya. Saya kena balancekan masa bershaklee dan masa bersama keluarga. Sebab saya kerja sendiri jadi masa saya flexible. Biasanya saya akan cari masa lakukan aktiviti bersama anak-anak saya mcm melukis bersama, buat craft mcm loom band, buat gelang dari manik dan yang terkini saya buat cupcake dan cake coklat dan ajak anak-anak deco the way they want it.

Seriuosly diorg nampak sangat enjoy dan happy. Anak-anak sebenarnya mahukan perhatian kita. Jadi luangkan sedikit masa lakukan aktiviti bersama mereka. Dengan cara ini, kita dapat eratkan hubungan dengan mereka. Dan yang paling penting mereka tak rasa mereka terabai dan saya hanya sibuk kejar impian saya.


Puas mama cari edible image utk cuppies tu, theme barbie tau!



Ni cake coklat kukus love shape pastu deco dengan mash mallow. Dua2 excited nak deco cake ni. Naseb mama dapat idea ni hehe, dulu penah deco guna coklat m&n yang colorful tu. Janji diorang happy, mama pun happy.


Taaadaaa.......inilah hasil kerja kami bertiga! Not bad la kan.

Sampai jumpa lagi di entry yanag akan datang! 








Tuesday, May 3, 2011

Saat bergelar ibu........

Dah lama berhasrat nak share tentang pengalaman ni tapi asyik tertangguh jer sbb byk sgt urusan lain yg perlu diselesaikan. Semalan kebetulan pergi melawat jiran baru bersalin. So macam biasa lah sibuk la berborak tentang pengalaman masa nak bersalin tu....... mcm2 hal. Bila balik umah teringat la kisah waktu nak bersalinkan auni ngan a'isy. Dua2 punya kisah tersendiri.
Auni dijangkakan lahir pada 5 Jan 2008 tapi sbb dia nak Celebrate Raya Haji maka dia decide nak kuar pada 17 Dec 2007 ( 2 minggu awal) masa tu baru 38 weeks tapi Alhamdulillah condition dia ok. Ingat lagi masa tu aku masuk wad awal sbb masa mengandungkan auni kena high blood pressure la pulak so 2 kali admitted kat Kampung Bharu Medical Centre. Second time admitted tu mmg reading BP tu sgt lah tingginya sampai doktor decide nak induce je keesokan harinya. Tapi Auni yg bertuah dan bijak ni dgn rela hati nak lahir hari tu. Bila doktor check tgk dah buka 3 cm masa tu kul 10 pg so tak payah lah induce. Akhirnya kul 4.16 ptg auni selamat dilahirkan dengan berat 2.78 kg.
A'isy pulak kisahnya kelakar skit...... dia dijangkakan lahir pada 28 October 2010 tp pada 101010 ( hihihi saje nak tayang no tu) dia dah kuar. Kisahnya camni...... pagi tu mmg kena ge check-up sbb dah cukup 36 minggu so dah kena start jumpa doktor seminggu sekali. Nak dijadikan cerita aku tak nak pegi check up kat hospital yg dekat ngan umah ni sbb sgt ramai orang dan sangat lembap service dia so aku pun ajak Mr. hubby pegi tempat favorite Kampung Baru Medical Centre (sebenarnya suka sgt kat Dr. Norlida dan Dr. Ros) dua2 doktor ni best. Masa dalam perjalanan tu borak2 ngan mr. hubby

Aku: "syg, harap2 hari ni doktor kata awak blh bersalin arini sbb da buka 3 cm"

hubby: " Ha'ah ok jugak tu tak payah kita kelam kabut nanti"

Sampai je kat hospital dan lepas tunggu selama setengah jam sampai lah giliran aku. Doktor pun check pastu sambil senyum doktor norlida cakap "eh da buka 3 cm la... blh bersalin arini" Maka aritu aku masuk wad pukul 2.30 ptg, nasib baik bag memang dah bwk...... selepas menunggu beberapa lama maka jam 9.20 mlm MUHAMMAD A'ISY HAFIY selamat dilahirkan dengan berat 3.1 kg. Nasib baik dia tak tunggu kul 10 mlm sbb mama mmg dah lemas duduk dlm labour room tu. Aku masuk labour room tu kul 5 ptg sbb masa tu dah buka 5 cm tapi tak sakit lg...... memandangkan aku satu2nya org yang akan bersalin aritu so nurse suruh la masuk awal2 lepak kat dlm tu. Yang paling tak blh lupa mr. hubby siap wat lawak ngan statement dia yang berbunyi begini " I tgh pikir ni nak ckp apa kalau jap lg reporter dtg interview sbb baby kita lahir 101010 ni..." sambil tersengih kat tepi katil tu. Aku cuma senyum je malas nak komen sbb tgh menahan rasa sakit contraction yg dah start terasa. Alhamdullillah sumenya selamat. Hari tu aku sorang jer yang bersalin dan kami diraikan sbb tarikh yang glamour tu walaupun takde reporter dtg..... kah..kah..kah...... kesian kat mr. hubby impian tak tercapai.
Inilah pengalaman aku saat bergelar ibu. Memang sangat manis dan akan sentiasa terpahat diingatan ni.

Tuesday, January 11, 2011

SEPARATION ANXIETY!


Hi sume! Kali ni saya nak kongsi pengalaman mengatasi masalah "separation anxiety" bagi anak yg baru dapat adik. Para ibu yang baru dpt anak kedua dan seterusnya akan merasai pengalaman ini. My dear Auni takes about 2 month to accept the fact that now she's a big sister to a charming lil' bro A'isy. Apa yg kita blh buat ialah cuba explain kat dia yg ni adik dia a.k.a kawan baru dia. Pastu make sure sediakan sume keperluan dia sebelum melayan adiknya pula sbb nnt tak lah dia merengek nak itu ini dan akhirnya mama pulak yg akan tension! Tapi perlu diingat jgn sesekali abaikan si kakak@ abang bila da ade baby baru sbb diorang masih memerlukan belaian dan perhatian kita. InsyaAllah perlahan-lahan anak sulung kita akan dapat terima adiknya dan mula menyayangi adik mereka cam auni n a'isy sekarang. Alhamdulillah........ bila tgk diorang berdua rasa bahagia sgt. Mama love both of u so much!