Showing posts with label Me Familia. Show all posts
Showing posts with label Me Familia. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Suap dan masakkan anak2 adalah antara impian saya.

Assalamualaikum, salam sejahtera semua,

Dah setahun saya bergelar WAHM ( working at home mom), alhamdulillah.....pengorbanan ini tak sia2. Satu persatu impian saya Allah dah makbulkan.... salah satunya impian nak besarkan anak2 saya dengan air tangan saya sendiri. Uruskan segala keperluan mereka, dari celik mata sampai la tidur semula. 

Saya sangat sukakan rutin harian saya sekarang. Walaupun lebih penat berbanding masa bekerja dahulu. Serius bekerja dirumah bukan seperti yang digambarkan, benar masa kita yang punya tapi kalau silap percaturan semuanya akan tunggang langgang. Jadi jika ada azam untuk bekerja dirumah terutamanya ibu2, pastikan ada jadual supaya kita tak lalai dan buang masa buat benda2 yang tak perlu. Paling penting jika anda ingin bekerja dirumah pastikan tak hanyut dek godaan tilam dan bantal empuk, senetron, drama korea atau drama2 tv yang akan curi baaaanyak masa anda. Tak percaya try la! 

Momen indah setiap hari bagi saya sejak bergelar WAHM ialah suapkan anak-anak makan, saya sangat enjoy setiap kali suapkan mereka makan, sambil sembang2 creat bonding dengan aunidan a'isy saya juga rasakan ianya release stress saya. Hilang rasa penat tengok mulut2 comel mengunyah makanan yang mama masak, biasanya menu permintaan mereka. 

Selain itu mestilah waktu breakfast dengan en hubby, kalau dulu sabtu ahad je la boleh breakfast sama2 sbb pagi2 memang kalut nak hantar anak2 ke nursery sebelum pergi kerja. Maklumlah nama pun kanak2 setiap pagi memang berperang nak kejut bangun untuk disiapkan ke taska. 

Bila dikenang2 syukur sangat Allah temukan saya dengan jalan ini. Kemudian dipermudahkanNya pula.....mengenang apa yang saya dah lalui dahulu dan kehidupan saya sekarang hanya ALHAMDULILLAH jadi zikir dihati ini.

bisnes online


Banyak nikmat yang Allah beri, cuma kita je kadang2 kurang bersyukur. Semoga lebih banyak perkara2 baik menanti. InshaAllah....

Anis Hussin

Saturday, November 1, 2014

Oppo piala malaysia!

Malam ni bakal berlangsung  PIALA MALAYSIA 2014 antara PAHANG & JDT. Saya bukan kaki bola sgt lagi2 bila dah bergelar ibu, fokus saya mmg pada keluarga. Cuma bila permainan mlm ni melibatkan negeri tumpah darah saya (johor) dan suami(pahang) suasananya lebih menarik....sebab kami sokong pasukan yg berlainan. Anak2 juga teruja, mcm2 reaksi dr mereka....rasa ikatan kekeluargaan tu semaiin erat, menonton perlawanan bola bersama2 sambil bersorakan....kami suami isteri bukan penyokong fanatik pun cuma suka2 jadi tak kisah siapa menang janji kedua2 pasukan bermain dengan aman, tiada pergaduhan dan perlawanan berlangsung dengan adil. Yang penting kita sama2 support bola sepak malaysia.



kat umah ni saya je yg ada jersy dan selempang jdt pasukan yg satu lg tu xde haha....

Korang macam mana??? Apa aktiviti yang korang enjoy lakukan bersama keluarga. Sampai jumpa lagi.....^_^

Mama Anis

Wednesday, June 18, 2014

Al-Fatihah, Surah Yassin & tahlil, hadiah istimewa buat abah dihari bapa.

"Selamat hari bapa abah" ungkapan ini sudah asing bagi saya sejak 2 tahun yang lalu. Tiada lagi ucapan hari bapa mahupun hadiah hari bapa buat abah kecuali Al-Fatihah dan surah yassin yang sentiasa saya kirimkan sebagai hadiah yang tak seberapa jika dibandingkan dengan jasa abah membanting tulang membesarkan saya menjadi orang yang berilmu. 

Entry ini bukan meluahkan kekesalan, mati itu pasti, itu janji Allah. Cuma sekadar melepaskan rindu yang terbuku lama. Sejak arwah abah pergi, tiada lagi cerita2 tentang abah yang hendak saya kongsikan disini. Semuanya saya pahatkan sebagai memori dihati. Cuma entah kenapa hari ini terasa ingin menulis sesuatu tentang abah. Ye, orang yang menyebabkan saya lahir ke dunia, darahnya mengalir dalam badan saya masakan hati tak pernah rindu sejak dia pergi meninggalkan kami semua 2 tahun yang lalu. Dia lelaki pertama yang saya cintai dan sayangi dalam hidup saya, cinta dan sayang sampai syurga.

Semoga abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisiNya. Al-Fatihah Buat abah.










Tuesday, September 6, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

Hari ini dalam sejarah bila encik hasben ambil EL dan jaga anak2 sbb bibik cuti. Tak sangka pulak en. asben ku ini boleh menjaga anak2 dengan jayanya. Berbunga-bunga hati ni bila balik dari kerja tengok anak2 dah mandi, wangi dan rambut tersikat kemas( dua2 rambut sikat tepi). Betul kata orang. perempuan ni cepat lembut hati, tengok suami sanggup beri kerjasama je dah cair hati ni. Terima kasih ye sayang!

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Hari ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun merupakan hari yang istemewa bagi semua insan bergelar bapa. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada bapa saya yang telah bersusah payah membesarkan saya, bapa mertua saya yang melayan saya seperti anak sendiri, kepada satu2nya abang saya dunia akhirat dan juga kepada bapa kepada anak2 saya iaitu suami tercinta. Kalian semua sungguh istemewa!

Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Lahir Emak!

Tanggal 16 jun adalah salah satu tarikh yg istemewa buat saya dan sejak saya da mula mengerti apa itu Hari Lahir @ Hari Jadi saya tak pernah lupa tarikh ni sbb 16 Jun adalah Hari Lahir Emak saya. Ya... emak saya yg telah mengandungkan saya, melahirkan saya, menyusukan saya dan juga bersusah payah membesarkan saya. Tapi tahun ni berbeza dari tahun2 sebelum ni sbb emak saya dah pindah ke kampung kami diMersing so saya tak dapat nak peluk dan cium dia pada hari lahirnya seperti kebiasaannya. Saya cuma dapat ucap ditalipon je dan berdoa agar emak sentiasa dalam lindungan Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. Amin....

Tuesday, May 24, 2011

Abah

Inilah dia abah saya yg tercinta. Cakap pasal abah saya ni..... dia adalah seorang yg sangat cool n easygoing. Pendek kata mmg tak banyak hal orangnya. Saya mmg admire sgt kat abah saya ( abis takkan nak admire abah org lain.... ye tak) sampai dulu2 sblm kawen kalau org tanya ape ciri2 lelaki idaman sya sy musti kata salah satu nya ialah cool, caring n romantic mcm abah saya. abah saya mmg romantic sbb sampai skrng pun ( dah ade cucu 15 org ) masih panggil mak saya "yang" ..... erm romantic kan sbb saya byk jumpa pasangan yg kalau dah tua panggil oooo maknya @ mak engkau @ ooi... hahahah mmg sgt tak patut diamal kan. Semoga abah dipanjangkan umur dan sentiasa sihat. Amin...

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu!

Semperna hari ibu ini saya nak ucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada ibu saya yang sangat saya sayang kerana telah melahirkan saya, menyusukan saya dan membesarkan saya sehingga menjadi insan yang berjaya dan berguna. Sesungguhnya jasa mak tak dapat saya balas walaupun dengan emas dan wang ringgit. Semoga emak sentiasa sihat, panjang umur dan dilindungi oleh Illahi. Amin.