Wednesday, November 23, 2011

BANGAU OH BANGAU – BUDAYA MENUDING JARI

Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.

Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,

Kenapa engkau panjang sangat?

Macamana aku tak panjang,

Kerbau tak makan aku.

Katak oh katak,

Kenapa panggil hujan?

Macamana aku tak panggil,

Ular nak makan aku.

Ular oh ular,

Mengapa nak makan katak?

Macamana aku tak makan.

Memang makanan aku.

Ini adalah sebuah cerita yang telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu kanak-kanak. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini. Apabila mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu ‘monotonous’ itu memang menarik dan mudah menjadi hafalan kanak-kanak. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun bait-bait lagu ini mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.

Mengapakah lagu ini mengambil binatang-binatang seperti bangau, ikan dan katak sebagai pesalah? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi? Mengapakah ia tidak menggunakan manusia sebagai karektornya? Adakah pencipta lagu ini juga termasuk ‘pesalah’ yang suka menyalahkan orang lain sehingga meletakkan pesalahnya kepada tumbuhan dan haiwan? Mungkin agaknya beliau hendak menjaga hati manusia, maklumlah justeru terdapat ramai manusia yang begitu sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yang dibuat.

Lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.

Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.

Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.

Dalam masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu golongan yang proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah golongan yang apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya. Misalnya apabila seseorang anak itu ditangkap kerana sesuatu masalah yang dilakukannya maka dengan pantas ia menyalahkan ibu-bapanya.

Jika ditanyakan kepada sianak, “Kenapa awak jadi begini?”

Dia pun menjawab, ”Ini bukan salah saya. Ayah dan ibu saya yang salah!”

Manakala apabila ditanya kepada ibu-bapanya pula, lantas mereka pula menjawab, “ Ini bukan salah kami tetapi ini salah guru.”

Begitulah seterusnya.

Masing-masing melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yang tidak boleh dikawal. Kalau begini, sampai bila-bilapun masalah tidak akan selesai. Inilah bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang reaktif. Dan inilah yang sedang membudaya dalam masyarakat kita. Lihat sahaja masalah sosial dikalangan remaja, masing-masing menuding jari kepada orang lain.

Lawan kepada sikap reaktif ialah proaktif. Proaktif maksudnya apabila ia berhadapan dengan sesuatu masalah, berdepan dengan suatu peluang, dia akan menumpukan kepada apa yang dia boleh buat. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang mampu dikawalnya. Walaupun pengaruh itu kecil, lama kelamaan ia akan bertambah. Jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu akan mampu mengubah orang lain. Sikap lebih berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain untuk mengubah diri kita. Orang yang proaktif ialah orang yang punya keyakinan diri, disiplin diri dan self- esteem (harga diri) yang tinggi. Ia bukan sahaja mampu mengawal diri bahkan akan mampu mengawal orang lain. Manakala orang yang reaktif pula ialah orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke mana dia pergi, dia akan dicorakkan kerana tiada kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan setiap masalah.

Akhir sekali, bagi mengatasi masalah budaya reaktif ‘Bangau oh bangau’ maka kita perlulah bersikap berani. Berani mengakui kesalahan dan kelemahan diri. Berani menanggung risiko akibat pilihan dan perlakuan kita sendiri. Dan kemudian berani pula untuk memperbaiki kelemahan itu dengan meningkatkan ilmu, kemahiran dan sikap kita terhadap sesuatu perkara.

Friday, October 14, 2011

Say CHEESE!!!!!


Gambar kelas auni di KID ZONE. Tak sangka sekejap je dah besar anak dara En. Faizzuddin ni. Tengoklah tu senyum pun tiru mcm papa dia...... mmg anak papa ni. Ni mmg senyum standard auni. Dia dah practice senyum mcm tu sbb papa kata COMEL. Gambar ni takde soft copy so mama pun scan jer sbb nak gak masukkan dalam blog mama yg sebenarnya mama sorang jer yg baca. Hehehe takpe nanti kalau auni ngan a'isy dah pandai baca diorang boleh baca ape yang mama tulis untuk diorang.

Tuesday, October 11, 2011

Happy Birthday adik A'isy!





Hari ni 10-10-11 merupakan hari lahir A'isy. Pejam celik pejam celik A'isy dah setahun hari ni. Mama doakan semoga A'isy menjadi anak yang bijak, dikurniakan kesihatan dan menjadi anak yang soleh. Memandangkan birthday A'isy jatuh pada hari isnin so, mama and papa decided to celebrate in advanced. Semoga hidup A'isy akan sentiasa manis dan ceria semanis dan seceria kek ni.





Gambar disekitar sambutan hari jadi A'isy sabtu lepas. Walaupun last minute punya preparation tapi semuanya berjalan lancar. Menu yang simple, kek yang sedap serta decoration daripada papa dan kak auni khas untuk A'isy. Semoga hari ni akan jadi kenangan manis dalam hidup A'isy. Mama, Papa and Kak Auni love u so much sayang! Happy Birthday!

Sunday, September 18, 2011

Pesta Batik Kid Zone!

Auni semakin pandai mewarna. Semperna hari kemerdekaan hari tu sekolah auni menganjurkan pertandingan mewarna batik dan yang paling manis ialah Auni dapat nombor 1 bagi kategori 4 tahun. Bila cikgu bagitau yang auni dapat no.1 mama orang yang paling happy masa tu ( over tul mama ni). Hehe mana tak nya masa Auni tgh sibuk mewarna mama yang paling kecoh skali. Tak kisah lah apa orang nak kata yang penting auni dan mama happy.




Auni dan peserta lain dengan lukisan masing-masing. Sebenarnya semua orang pun color cantik sbb batik ni mmg senang nak color. Next time kalau ada lagi mama ingat nak masuk lah :p!

Tuesday, September 6, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah.

Hari ini dalam sejarah bila encik hasben ambil EL dan jaga anak2 sbb bibik cuti. Tak sangka pulak en. asben ku ini boleh menjaga anak2 dengan jayanya. Berbunga-bunga hati ni bila balik dari kerja tengok anak2 dah mandi, wangi dan rambut tersikat kemas( dua2 rambut sikat tepi). Betul kata orang. perempuan ni cepat lembut hati, tengok suami sanggup beri kerjasama je dah cair hati ni. Terima kasih ye sayang!