Saturday, December 25, 2010

Berpantang......

Hari ni adalah hari terakhir saya berpantang anak yang kedua. Bagi saya berpantang adalah penting dan perlu diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan kesihatan si ibu. Bak kata emak saya "kalau ibu sihat baru boleh jaga anak dengan baik" sebab tu pentingnya berpantang supaya ibu boleh cepat sihat dan bertenaga. Berikut ialah amalan2 ketika berpantang. Semoga artikel ni dapat memberi sedikit manfaat kepada bakal2 ibu.... InsyaAllah.


Berbengkung

Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara

Urut-mengurut

Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.

Bertungku

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.

Jamu

Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:

• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.

Mandi-mandian herba dan akar kayu

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan daun herba, akar kayu, dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus. Biasanya mandian herba diamalkan selama seminggu. Tapi semasa saya berpantang emak sya akan sediakan mandian herba ini selama 44 hari. terima kasih emak :D

Lain amalan pantang

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Saturday, December 18, 2010

HAPPY BESDAY AUNI SAYANG!


Cepat betul masa berlalu, 17 Dec 2010 Auni da 3 tahun! Tgk telatah dia yg mcm2 ade cam astro tu membuatkan aku tersenyum sorang2. Comel btl....... semoga Auni jadi anak yg solehah dan berjaya dalam hidup nnt. Mama sentiasa doakan yang terbaik buat Auni.

Monday, October 11, 2010

TEN TEN TEN

Alhamdullillah........ Syukur ke hadrat Illahi kerana hari ini 10.10.2010 dikurniakan putera yg sgt comel.... Muhammad A'isy Hafiy. Lepas ni kak auni da tak sunyi lagi sbb leh main ngan adik a'isy. Semoga a'isy sentiasa sihat dan cepat besar! Mama sayang sgt kat auni n a'isy!

Sunday, October 18, 2009

Auni ada 5 batang gigi!


Inilah agaknya perasaan menjadi seorang mama. Semua perkembangan anaknya merupakan benda yg menarik dan penting..... sampai anak tumbuh gigi pun excited gile. Hehehehe skrg ni auni da ade 5 batang gigi dan dah mula test gigi2 comel dia tu kat aku punya tettttt...... kekadang tu rasa nak marah tp bile tgk dia senyum wat2 comel tu hilang rasa marah ni. Itu lah agaknya naluri keibuan anugerah Allah. Harap2 gigi auni tak cepat buruk.

Wednesday, January 14, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Bila cakap jer nak cuti....... mama auni senyum sampai ke telinga. Maklum lah sejak ade anak n bukan senang nak pegi cuti sbb banyak benda nak dikemas. Dulu satu beg jer sekarang ni ber beg2 nak dikemas beg baju, beg susu, bantal and toto kecik auni dan mcm2 lagi. Pendek kata nak cuti cuma 3 hari 2 mlm tp mengemasnya amik masa seminggu sbb kalau tak ade je benda yang tertinggal. Sayang..... thanks ye bawak i nagan auni ge cuti. Bak kate pepatah terima kasih daun keladi nnt kalau ade masa bwk la kami bercuti lagi.











Wednesday, December 31, 2008

Auni, one year old!

Hahahah auni dgn baju gaun favorite mama dia!

Friday, December 26, 2008

Happy 1st Birthday Auni

Dear Auni,

You may not know this but u have indeed been miracle bestowed from Allah. That very day when mama and papa went to our first ultrasound, we knew you were something special.
Not everything went smoothly during my pregnancy. But you give mama strength, courage and determination even at the lowest points of this journey. All you had to do just give that little kick from inside of me, and I knew that I had to keep going on, just for you.

I was so excited and could not wait to meet you that around my expected delivery date I would silently pray every night for you to come out soon! And the very moment you arrived into this world, I knew that everything was, and would be, worth it! All the suffering that I encountered when having you, from numerous injections and long hospitalization has all been worth it!

With u around now, mama and papa have something to look forward to in life. We wake up anticipating your smile, we sit around waiting to catch the moment you roll over or when you grab your tiny feet. You have completed us, my dear princess, and we can only thank Allah for a tiny miracle like you. Mama and papa love you with all our hearts forever.
Happy 1st birthday my dear Amira Auni!


With love, pure and overflowing,
~MAMA~