
Friday, October 14, 2011
Say CHEESE!!!!!

Tuesday, October 11, 2011
Happy Birthday adik A'isy!
Hari ni 10-10-11 merupakan hari lahir A'isy. Pejam celik pejam celik A'isy dah setahun hari ni. Mama doakan semoga A'isy menjadi anak yang bijak, dikurniakan kesihatan dan menjadi anak yang soleh. Memandangkan birthday A'isy jatuh pada hari isnin so, mama and papa decided to celebrate in advanced. Semoga hidup A'isy akan sentiasa manis dan ceria semanis dan seceria kek ni.
Gambar disekitar sambutan hari jadi A'isy sabtu lepas. Walaupun last minute punya preparation tapi semuanya berjalan lancar. Menu yang simple, kek yang sedap serta decoration daripada papa dan kak auni khas untuk A'isy. Semoga hari ni akan jadi kenangan manis dalam hidup A'isy. Mama, Papa and Kak Auni love u so much sayang! Happy Birthday!
Sunday, September 18, 2011
Pesta Batik Kid Zone!
Auni dan peserta lain dengan lukisan masing-masing. Sebenarnya semua orang pun color cantik sbb batik ni mmg senang nak color. Next time kalau ada lagi mama ingat nak masuk lah :p!
Tuesday, September 6, 2011
Hari Ini Dalam Sejarah.
Thursday, August 18, 2011
Kuih raya saya!


Biskut yang kat atas ni nama dia mula dari kiri ye, biskut suji crystal, tart nyonya, german cookies, oat crisp chocolate dan kuih dahlia. Selamat menjamu mata!
P/S: Tahun depan nak jahit baju raya sendiri pulak lah! :D
Tuesday, August 2, 2011
Berpuasa semasa hamil
Ini artikel yang boleh dijadikan panduan oleh ibu2 yang sedang hamil. Jom kita sama2 baca.
Adakah selamat jika saya berpuasa semasa hamil?
Berikut adalah perkara yang kami pasti:
- Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
- Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
- Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
- Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
- Kesihatan anda sebelum kehamilan.
Apakah amalan lazim wanita lain?
Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan.
Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka.
Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa?
- Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
- Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.
Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
- Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
- Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
- Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
- Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?
- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
- Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
- Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
- Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
- Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
- Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.
Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan?
Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.Sumber: Baby Centre Malaysia
Wednesday, July 27, 2011
SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
Salam semua. Hari ni nak berkongsi tentang senarai makanan dan kebaikannya. Semoga boleh menjadi panduan untuk kita semua dalam melaksanakan tugas menyediakan makanan untuk keluarga tercinta.
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
Petikan dari : http://www.uitm.edu.my/


