Saturday, April 18, 2015

Puri in the house! Macam tak percaya jer ^_^

Assalamualaikum, semoga semuanya sihat2 sahaja! Teruja sangat nak buat entry ni sama macam teruja masa nak cuba resepi ni. Maklumlah orang melayu nak masak masakan india. Resepi yg saya cuba hari ini ialah puri. First time makan kat kedai mamak dekat umah ni, hubby yg kenalkan dgn puri ni. Ok la kena dengan tekak saya. Anak-anak pun suka so saya mula cari-cari resipi untuk cuba buat sendiri, belek punya belek berkenan dengan resepi yg kak ita Masam Manis kongsikan kat blog dia. 

Kredit untuk kak ita untuk resepi ni. Resepi ni mudah sebab guna je bahan-bahan yang ada kat rumah ni. 

PURI

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh garam
150 ml air

1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak


Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar

Masukkan juga garam

Tuangkan air sedikit-sedikit

Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut

Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit


Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentunya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri 


Panaskan minyak dalam kuali.

Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.

Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas

Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.
Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula
Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung
Bila dah gelembung terus angkat.

Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya..

Kat kedai mamak puri ni dihidangkan bersama kuah dal. Yang ni resepi suka hati namanya a.k.a resepi sendiri.


Kuah Dal

1 cwn kacang dal (direndam seketika dan kemudian direbus)
sebatang lobak merah saiz sederhana - potong baji ke dadu ke ikut la
2 biji kentang saiz sederhana - potong2 macam lobak tu jugak
Bawang besar - diracik
Bawang putih - diracik
Cili kering 3 tangkai - potong besar2
Daun kari - 3-4 pelepah
1 sudu besar serbuk kari
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih 
Biji sawi sikit je
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Bila dah panas tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, dan rempah 4 sekawan tadi. Kemudian masukkan sikit air. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Masukkan pula kentang, lobak merah dan kacang dal. Tambah air dan masak hingga lobak dan kentang empuk. Kalau nak pekat biar kering sikit. Sebelum angkat masukkan garam. Siap! Dah boleh lah dihidangkan. 


Sedap makan masa panas2 puri ni. Oh ye jangan lupa teh tarik juga. Baru feel mcm makan kat kedai mamak hehe.

Selamat mencuba!

Salam ceria,
Anis Hussin





Monday, April 13, 2015

Resepi nasi kerabu mabeles!

Nasi kerabu ni asalnya makanan dari pantai timur tapi dah jadi makanan kegemaran 1 malaysia sebab boleh didapati disemua negeri kat semenanjung malaysia ni. Saya orang johor tapi saya sangat suka nasi kerabu. Anak2 dan suami pun suka. So sekali sekala buat la kat umah atas permintaan. Saya biasa buat ikut resepi saya tapi yang ni saya kongsikan resepi dari Azie Kitchen


Nasi

Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. 


Ni rupa bunga telang tu. Saya nak cuba tanam nanti.

Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.


Kuah Tumis

Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi (saya guna ikan sardin aka ikan selayang)
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam

Gula


Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

Solok Lada

Bahan bahan:
Kelapa parut putih - ambik kelapa sedikit muda
Ikan kembung/sardin 
Gula melaka
Garam
Gula
Sedikit air asam jawa
Telur 



Cara cara:
Ikan rebus diasingkan tulang dan isi. Tumbuk isi ikan dan digaul dengan kelapa parut dan ditumbuk sedikit kelapa yang sudah bergaul dengan isi ikan. 

Tumbuk pula gula Melaka dan garam. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa tadi. Masukkan gula dan air asam jawa secukupnya.  

Akhir sekali, masukkan sebiji telur dan digaul sebati sehingga boleh dikepal. Siap untuk digunakan.

Lada solok dibelah dua dan dikorek keluar biji biji di dalamnya. Sumbat bahan inti kelapa di atas tadi padat padat ke dalam lada. Biarkan sehingga intinya membuncit keluar.  




Susun lada yang telah disumbat di dalam periuk dan tuangkan santan. Masukkan sedikit garam dan gula. Masaklah sehingga santan hampir kering. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga dikukus lada yang telah disumbat di dalam periuk pengukus.


Ulam ulaman


Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh


Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 


Cara Menghidang


Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.


Banyak sikit keje nak buat nasi kerabu ni. Tapi sbb teringin punya pasal gigih ahkak buat tau.  Oh ye saya ada lauk tambahan, ikan celup tepung.....tu je yg senang. Nak bakar daging atau ayam malas. Telur masin pun lupa beli masa tu hehe.

Sekian resepi kita. Jangan lupa cuba tau!

salam ceria,
anis hussin

Saturday, April 11, 2015

Jeruk mangga asam boi yang mabeles

Salam hujung minggu, sekarang ni mcm dah mula musim mangga. mangga kat rumah kakak saya lebat berbuah, tapi malangnya tahun ni ia seperti terkena jangkitan. Buahnya memang besar-besar tapi tak boleh masak, bila matang saja dah dimakan ulat kalau tunggu masak memang dah buruk terus. So sebab sayang saya pun petik yg muda-muda tu untuk cuba buat mangga asam boi yg suatu masa dahulu bagaikan fenomena hehe.....

kali ini saya mabil resepi dari kak azita Masam Manis. Blogger dapur yg tak asing lagi. Biasanya resepi-resepi yang kak ita kongsikan memang meletopsss.....


JERUK MANGGA ASAM BOI


4 biji mangga muda

20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!


Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.

Yag menariknya kak ita rendam dahulu mangga dengan air kapur. Ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.

Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.



Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata

Akhir sekali masukkan asam boi.
Resepi ni kak ita tambahkan limau. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. saya guna limau kasturi sebab katanya lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk. 
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.

Senang kan???? Sap...sap...soi kata orang cina hehe. Selamat mencuba ok!

Salam ceria,
anis hussin


Wednesday, March 18, 2015

Bread Butter Pudding Aka Puding Roti

Assalamualaikum, apa khabar hati :))))

Hari tu share kat fb gambo bread butter pudding. Ramai plak yang tanay2 resepi. Sebenarnya resepi tu saya try yg Master Chef Ezani buat yg ada kat you tube ni. Best sgt tengok video ni ada music latar yg best. Rasa mcm ala2 kat luar negara hehe



Dah tengok kan??? Meh nak bagi resepi dalam bentuk tulisan, so kwn2 yg singgah ni boleh try ek.

Bahan2
(A)
  • 10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)
  • Mentega (saya guna apa yg ada kat umah hehe)
  • 750 Susu cair/ susu segar ikut la citarasa masing2
  • 6 biji telur ( saya guna 4 biji jek itu yg ada hihi)
  • Gula perang ( ikut la nak manis mana)
  • kismis & chocolate chip
  • serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj

Cara2nya: 

Panaskan oven pada suhu 180C. Pastu bolehla start dengan:
  • Sapu acuan dgn butter  
  • Sapu roti ngan butter depan belakang
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan susu dan pukul lagi.
  • Celup roti yg dah disapu mentega, potong empat. Kemudian celup dalam campuran susu, gula dan telur tadi dan susun dalam loyang.
  • Setiap lapisan tabur kismis, chocolate chip & serbuk kulit kayu manis 
  • Buat sehingga beberapa lapisan 
  • Tuang baki adunan susu tadi dlm loyang.
  • Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut. 
  • Masukkan dalam oven yg dah panas tadi dan bakar selama 40-50 minit.
 
(B) Bahan sos vanilla
  • 250ml whipping cream
  • 250ml susu segar
  • 4 sudu besar gula castor 
  • 5 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanilla 

Cara2nya: 
  • Campurkan whipping cream, susu dan essence vanilla dan panaskan sehingga mendidih 
  • Matikan api dan biarkan seketika
  • Dengan menggunakan kaedah double boiler pukul kuning telur dan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan whipping cream tadi dan pukul lagi sehingga pekat.
  • Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)
  • Siap boleh la dihidangkan

Senangkan??? Selamat mencuba ye!

Thursday, January 22, 2015

Syukur seorang isteri

Tak tahu dari mana nak mula, sbb saya sangat teruja, sangat gembira....tak tau nak gambarkan macam mana gembira sampai menitis airmata....

Hari ini saya sangat bersyukur kerana salah satu doa saya dah dimakbulkan Allah.....Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah....

Suami saya seorang perokok tegar, mula merokok pada usia 15tahun. sekarang umur dia 34 tahun bayangkan hampir 20 tahun merokok....sudah beberapa kali dia cuba untuk berhenti especially bila dia batuk teruk....tapi semuanya sementara. Tapi kali ini berbeza, saya boleh rasanya yang dia tekad. sudah sebulan dia tak merokok, dan hari ini saya terjumpa kotak rokok dalam bakul sampah bilik kami. Berderau hati saya, terus terdetik dihati, Ya Allah dia tewas lagi berperang dengan diri sendiri, perasaan ketika itu hampa, tapi tiba2 hati tergerak untuk mengambil kotak rokok itu. Bila saya ambil dan buka, saya terkedu sebab masih berbaki 18 batang didalamnya....terus menitis airmata gembira.....terima kasih ya Allah atas rahmatmu, atas kasih sayangmu. Sesungguhnya Engkau yang memegang hati2 kami. 





Hanya Alhamdulillah jadi zikir dihati. Semoga ianya berkekalan Ya Allah. Jangan Kau bolak balikkan hatinya setelah setelah kau berikan hidayah ini. Sebagai isteri saya oraang paling gembira, paling bahagia..... 

Sekian sahaja kisah, SYUKUR SEORANG ISTERI!

Anis Hussin


Sunday, January 18, 2015

Kuali magik aka magic pan kesayangan hamba

Magic Pan suatu ketika dulu bagaikan fenomena....semua orang ingin memilikinya termasuk saya. Bukan apa teruja dgn kehebatan magic pan tu memasak makanan bukan tu aje cepat makanan disediakan. bayangkan boleh masak kek pisang dlm masa 5 minit memang magic la kan???? 

kuali magik


Saya dapat magic pan ni sebagai hadiah hari jadi dari kakak saya. Memang seronok sangat, orang suka masak dapat plak gadget untuk memasak apa lagi memang hepi sangat la kan.

Kuali ajaib ini tidak melekat dan kurang menggunakan minyak. Sejak menggunakan kuali ajaib  ini saya tidak menggunakan  setitis minyak pun mahupun butter untuk memasak daging burger, sosej dan sebagainya. Jika memasak roti canai segera pun menjadi  sangat lembut, buat lempeng kelapa, dan ikan bakar pula terhasil cantik, garing dan  tidak melekat.

Bukan hanya panggang je boleh rebus juga tau....ala2 pressure cooker hehe. So agak jimat juga lah sebab serba guna....


magic pan

magic pan

magic pan


Ni antara gambar2 penggunaan magic pan tu, salai ikan haruan utk masak cili api, melempeng dan juga buat bakar ikan....yang lain-lain tak teringat nak amek gambar hehe...

Sekarang harga magic pan ni dah murah sangat tau, boleh dapat bawah rm100 pun. So kalau yang belum ada boleh le beli....berbalo-baloi!

Sampai jumpa lagi! Sayonara!

Anis Hussin


Friday, January 16, 2015

Resepi nasi ayam 30 minit!

Nasi ayam memang kegemaran Auni dan A'isy. Nasi ayam juga menu wajib ada dalam setiap minggu dirumah saya. Rasanya semua orang pandai buat nasi ayam ni sebab memang sempoi je penyediaannya. Tak dinafikan memang banyak resepi nasi ayam pelbagai versi diblog2 masakan....tapi korang meati xpernah jumpa NASI AYAM 30 minit kan???? Kan????

Hihi....nak dijadikan cerita, satu hari ni saya memang kelam kabut pergi ke HQ shaklee disubang untuk beli vitamin2 yang saya kena COD hari itu juga dan saya terlupa yang saya janji dengan anak2 nak masak nasi ayam haritu dek kerana kalut sangat. 

dalam perjalanan pulang dari shaklee saya baru teringat yang saya janji nak masak nasi ayam....masa tu jam dah pukul 12 tengahari saya kena jemput A'isy kat sekolah dan 12.50 giliran auni pulak....mana nak sempatkan nak masak nasi ayam, ayam pun beku dlm freezer.....so tengah kusut pikir tu tiba2 saya nampak stesen minyak petron. Terus dapat idea. Saya singgah PETRON dan beli ayamas yang ada jual kat situ memang ayam panggangnya boleh tahan, perisa kegemaran kami ialah percik.



Balik rumah saya hanya perlu masak nasi ayam aje, ayamnya dah ada hehe....pastu buat sup kosong dan potong timun dan tomato. 


Nasi ni letak kiub ayam jer xde stok ayam sebab ayamnya instant hehe


Sup pon sup segera, bawang merah, bawang putih, kiub ayam bg rasa...pehtu tabur le daun bawang ngan daun sup hihi.....nampak sedap juga 


Tadaaaa......  siap nasi, sup, ayam, sos serta timun dan tomato



Total masa yang diambil hanya 30 minit tau....Alhamdulillah Auni balik jam 12.50 tu dan boleh makan dan boleh bersiap untuk ke KAFA. Hebatkan mama hihi...

p/s: kalau2 ada tetamu "adhoc" boleh cuba trick ni tau ^_^

Sekian tips mama....sampai jumpa lagi!