Ramai antara kita yang tidak sedar akan kekuatan
minda, disebabkan oleh itu kita tidak pernah ambil peduli akan apa yang
kita fikir mahupun apa yg kita selalu ucapkan pada diri sendiri apatah
lagi pada orang lain.
Pelupa betulla aku ni, ini pun tak boleh ingat...
Mengapa bebal sangat engkau ni, dah berapa kali aku bagitau...
Pelupa betulla aku ni, ini pun tak boleh ingat...
Mengapa bebal sangat engkau ni, dah berapa kali aku bagitau...
Lihat kristal2 yang terbentuk dari perkataan "You fool" dan juga "You make me sick", tiada yang memberikan kristal yang elok.
Apa yang kita ucapkan itu juga merupakan doa kepada insan yang dituju, doa seorang ibu amatlah berkuasa melebihi segalanya, apa akan jadi pada anaknya jika setiap hari ibu berleter terhadap kenakalan anaknya, apa yg dituturkan ibu itu adalah doa untuk anak tersebut.
Nakal betulla budak ni, tak nak dengar kata langsung, jagala ayah awak balik nanti....
90% dari badan kita adalah air, jika tulisan dan fikiran terbukti mempengaruhi molekul air dan membentuk kristal bergantung perkataan yg digunakan, bagaimana dgn fikiran kita yg sememangnya mewakili diri kita sendiri. Jika diambil sampel air dari badan kita ini dan dihantar ke Dr. Masaru Emoto untuk di bekukan dan diambil kristalnya, agaknya bagaimanakah rupanya? Semua tingkah laku, tutur kata dan perbuatan bermula dari fikiran, jika fikiran penuh dgn negativiti, pasti kristal yg terbentuk amat buruk rupanya. Fikiran yang baik disusuli dgn tutur kata yg indah, akhlak yg sempurna, sopan tingkah laku, jiwa yang pengasih dan hati yg selalu bersyukur, pasti kristal2 yg terbentuk indah2 belaka.
Apa yang menarik sekali didalam koleksi kristal air yang terkumpul didalam buku The Hidden Messages in Water, air yang diberikan kombinasi ucapan dan perkataan kasih sayang dan kesyukuran memberikan kristal yang amat cantik sekali.
Di bawah ini pula kristal air yang terbentuk bila di label dgn perkataan bismillah (Dari buku Love Thyself by Dr Masaru Emoto), makanan dan minuman yg diucapkan dgn perkataan bismillah sebelum dimasukkan kedalam mulut mempunyai molekul yang indah dan akan menjadi sebati dgn diri kita.
Didalam
buku ini juga di sertakan dgn kristal2 air yang telah dilabel dgn
pelbagai2 perkataan dari pelbagai agama, semuanya memberi kristal2 yg
cantik, Dr Emoto membuat ulasan yang kristal yang terbentuk bergantung
kepada niat (intent), tiada agama yang menyeru kejahatan tetapi hanya
mereka yang berfikir dapat membezakan yang mana yang benar.
Disini
juga saya ingin berkongsi gambar kristal air zam-zam, apa yg
menghairankan Dr Emoto adalah semua kristal yang terbentuk berlapis
(overlapping).
Kesimpulannya,
berhati2 apa yang anda fikirkan baik untuk diri sendiri mahupun orang
lain, jika air berubah mengikut apa yg kita fikirkan, bagaimana dgn
kehidupan kita secara keseluruhan? Jika kita selalu bersyukur dan
berterimakasih pasti kehidupan kita dipenuhi dgn keadaan yang selari dgn
apa yang kita fikirkan.
2 comments:
hahahahaha lawak statement akhir awak..hehehee
good info
salam kenal :)
saya follow ;)
info yg bagus utk dikongsi bersama..
Post a Comment