Wednesday, June 11, 2014

SHAKLEE UBAH HIDUP SAYA

Assalamualaikum semua, wow rasa lama sgt tak update kat sini sbb saya bz menuruskan blog shaklee saya ANISVITASHOP  :)

Alhamdulillah 2 tahun saya serius dengan shaklee. Bermula dengan SET PENYUSUAN SHAKLEE saya kini WAHM(working at home mom) menguruskan BIZ SHAKLEE ni. Ye anak2 sumber kekuatan saya, kerana anak saya kenal shaklee dan kerana anak2 juga saya BULATKAN TEKAD untuk mendaki tangga dalam shaklee. Hingga kini saya sudah separuh jalan dengan shaklee, dan sehingga kini macam2 nikmat bershaklee yang saya telah rasai. Gaji bersih sebagai distributor shaklee (bonus bulanan) yg hampir 5 angka dah saya rasai. Yang terkini saya layak menikmati PERCUTIAN 6 BINTANG ditaja 100% oleh shaklee. Bergenang air mata tatkala mendengar kata2 auni "terima kasih mama, bwk kitorang tido hotel yang cantik ni" anak2 kata2nya jujur...tiada kata yg dapat saya luahkan ketika itu melainkan SYUKUR YA ALLAH atas nikmatmu ini. 

Sejak bershaklee ni banyak yg berubah bukan sekadar ekonomi keluarga yg makin kukuh, saya juga rasa lebih tenang kerana amalan utama group shaklee kami ialah BACK2BASIC iaitu menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa, group kami sangat mementingkan amalan rohani dan sebab itu lah agaknya JIWA SAYA KENTAL, HATI SAYA TABAH mengharungi setiap dugaan dan halangan dalam shaklee ni. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan biz sahklee ni bersama group ini. Kejayaan bukan sahaja didunia tetapi juga bekalan akhirat dikumpul sama. dalam banyak2 biz yang saya cuba ceburi SHAKLEE lain dari yang lain sbb dengan shaklee saya jana pendapatan dengan 24jam sehari anak2 didepan mata, makan minum serta keperluan mereka terjaga, begitu juga dengan tanggungjawab terhadap suami, tak pernah terabai, tiada lagi kelas malam yg perlu dihari meninggalkan anak dan suami semuanya ONLINE. Allah maha mengetahui Dia lorongkan saya pada jalan ini dan dipermudahkanNya pula, itulah pentingnya menjaga hubungan dengan Allah. teringat kata PM Cery super upline shaklee saya, "kita hidup bertuhan, Dia biz partner kita, kalau kita jaga hubungan denganNya InshaAllah, Dia jaga keperluan kita". MashaAllah, benar sungguh kata2 itu, cari redha Allah kerana itu jaminan untuk kejayaan dunia dan akhirat. 

Sampai sini saja, celoteh saya disini, InshaAllah lepas ini saya cuba untuk "hidupkan kembali" blog ini dengan pengisian yg boleh beri manfaat kepada pengunjungnya. Kepada ibu2 diluar sana yang juga SID shaklee, jangan putus asa jika hari ini anda belum sampai dimana2 kerana "the beginning is always the hardest" teruskan berjalan inshaAllah kejayaan bersama anda.

Jom tgk detik2 percutian 3 hari 2 malam yg shaklee bagi free ni serta 4 award yg saya berjaya rangkul tahun ini :)

Ketibaan kami disambut dengan gamelan serta kalungan bunga


Bilik saya, suite tau shaklee bagi, ni runag tamu
Yang ni bilik tido siap dgn meja eksekutif skali

Award hari pertama

Ini CEO Shaklee aka pemilik shaklee corporation Mr Roger Barnett, gambar ni lepas welcome diner di Sunway Beach Resort....makanannya wallah!

Hari kedua menerima award....bwk skali bodyguard nek pentas sbb diorg ni supporter tegar mama ^_^

Tido A'isy keletihan ambil award ala2 bintang fofular gitu hehe

Award hari kedua 

 Glitters Nite (Gala Diner untuk star award achiever)

 Makanan sodap2 tau, yg ni starter

 Bergambar kenangan


Yang ni hari ketiga, shaklee belanja masuk Sunway Lagoon bukan tu aje semua PERBELANJAAN Shaklee tanggung tau, bawak badan jek!

Ok peeps, till we meet again....thanks sudi jengok blog saya!

Wednesday, June 12, 2013

Setahun berlalu....dari merangkak kini aku sedang berlari!

Salam semua, fuh...lama sgt rasanya tak hapdet blog ni ye...almaklumlah saya bz dgn "baby" saya ANISVITASHOP tu! Bercakap pasal ANISVITASHOP tu nak share la ni tentang perjalanan saya yang penuh berliku dgn Shaklee tapi Alhamdulillah seteah setahun bersabar dan maintain berusaha saya kini semakin selesa bersama Biz Shaklee ni. 

Alhamdulillah, bersama shaklee saya kini konsisten jana pendapatan 4 angka setiap bulan dari nov tahun lepas. Banyak juga lah hutang2 yg dpt dilangsaikan, kewangan semakin stabil dan yang penting dapat jaga kebajikan dan kesihatan ibu saya dengan shaklee ni. Sekarang saya dalam fasa mencapai income 5 angka dan IMPIAN untuk jadi WAHM semakin jelas.....InShaAllah tahun depan saya dah tak keje ye....boleh uruskan anak2 100% disamping berbiz hanya dari rumah...owh HEAVEN nya! Kalau nak ikutkan hati saya dah berenti bulan ni ye BULAN JUN ni tapi sbb saya br pindah rumah dan byk yg nak dideko rumah tu jadi saya extend utk tender resign letter tu DEC nanti.....InShaAllah! Semoga dipermudahkan....korang tlg doakan saya ye! Owh ye sabtu lepas, 8 June 2013 saya dapat award dr shaklee! Wee ni yg nak share kat sini ni....walaupun hanya 1 award tapi cukup bermakna sbb tak sangka boleh dapat walhal last minit punya pulun....maklumlah 6 bulan pertama saya join shaklee ni mcm2 dugaan2 besar dlm hidup saya salah satunya abah saya meninggal dunia setelah sebulan masuk hospital masa tu Mac tahun lepas....dah dapat kekuatan lepas KEHILANGAN besar tu satu alagi ujian besar dtg...rumah yg saya dan suami beli "tergendala urusniaganya" sbb owner menghilangkan diri setelah amik deposit dr lawyer...masa tu mmg xleh fokus pd biz ni sbb isu RUMAHTANGGA pun tak settle....stress menyebabkan saya dan suami sama2 tertekan. tapi benar janji Allah, Dia Maha Mengetahui dan perancanganNya sentiasa tepat dan terbaik utk kita. Lepas raya haji tahun lepas owner rumah tu muncul semuladan urusniaga diteruskan dan sekarang rumah itu milik kami. Saya pula lepas raya tahun lepas dipertemukan dgn anak shaklee saya yg sama2 serius berbiz mcm saya dan sejak itu lah network biz shaklee saya berkembang dan Nov saya mula rasa bonus 4 angka pertama saya.

Dari distributor ke Supervisor!

Lepas 4 bulan, Feb 2013 naik pangkat lagi....Sr Supervisor!

Surat cinta dari Shaklee....Star Achiver Award....Business Growth - New Rank Achievment!


  
Malu nak pandang camera...hehe

Ala2 pemenang Festival Filem Malaysia jek haha!

Ok itu saja aksi2 di Shaklee National Conference tu yang untuk cerita lanjut saya share di blog perniagaan saya ANISVITASHOP jemput la bertandang ke sana (^______^)!

Next entry tentang rumah baru saya.....tapi tu lah tak tau bila la! Sebab hidup ku penuh dgn jadual kerja yg padat maklumlah seorang isteri, ibu yg bekerja sepenuh masa dan pada masa yang sama saya juga Shaklee Indipendent Distributor yang memiliki kedai online! Till then.....daaa!

Love, 
Master To Be Hairul Nisah Hussin.

Monday, March 11, 2013

Cinta 2190 hari!

Cepat masa berlalu, rasa baru semalam keluar dating. Hari ini genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Macam pasangan lain didunia ni dalam tempoh 6 tahun ni dah berbagai dugaan, pahit, manis, suka duka kami harungi bersama. Ya inilah SOUL MATE saya, teman sehati sejiwa. Ini juga kawan gaduh saya, dia juga yg buat saya happy dan kadang2 dia juga yg buli saya ( haha saya nampak je tough tapi sebenarnya cengeng hehe).  

Happy Anniversary sayang.....semoga kasih sayang antara kita kekal hingga hujung nyawa....I love u and....i will always do!

Yours,
Aniszzddin

Friday, September 7, 2012

Haih nak terima ke tak????

Salam semua. Lama betul tak tgk blog ni, blh tahan susah jugak lah nak buang sawang2 dan habuk yg dah berkepuk2 ni hehe. Sebenarnya saya aktif berbloging tetapi fokus lebih kepada blog perniagaan saya tu anisvitashop. Jemputlah singgah sana ye sahabat2 sekalian. Luahan perasaan kali ni berkaitan dengan kepeningan saya apabila tetiba dapat offer kerja kat satu company ni blh tahan besar gak tapi tulah jauh la dari rumah saya skrg ni. Pastu lokasi tu pulak mmg tpt yg jammmmmm. Offer mmg gempak 2 kali ganda gaji skrg ni. Bila dikira tolak minyak tol masih boleh cover cuma masa bersama budak2 comel kat umah tu terpaksa dikorbankan. Kalau sekrang gaji mmg gaji kerani walaupun post exec tapi opis ngan umah sepelaung jek. Pastu lunch blh blk umah susukan a'isy, gaduh ngan auni, suap diorang makan....... dgn kata lain diorang membesar depan mata saya walaupun saya bekerja sbb masa untuk perjalan pergi dan balik tu sangat singkat. Tapi tulah mengenangkan taraf hidup yg tinggi ni, semua barang mahal rasanya mmg memerlukan pendapatan yg "selesa". Kalau tanya en suami mmg dia suruh except jer offer tu. Cuma hati ibu hanya Allah yang tahu. Ok lah taknak membebel panjang ni, baru siap buat surah resign letter tapi tak tahu nak tender bila. Moga Allah bagi petunjuk dan tak biar saya buat keputusan tanpa bimbinganNya.( nak kena buat istikarah nih). Anda semua juga doakan yang terbaik untuk saya ye. Kepada ibu2 yg pernah mengalami dilema yang sama jom share skit ngan saya. Sampai jumpa lagi!

Salam ceria,
anis

Friday, June 1, 2012

Kuasa Minda Terhadap Air

Salam semua lama tak buat entry kat cni sbb saya bz dengan ANISVITASHOP. So hari ni nak share satu ilmu yang menarik yang saya jumpa di SINI. Saya rasa anda semua juga dah biasa dengar orang kata " percakapan kita itu suatu doa" kann??? Terutamanya seorang ibu, sbb tu mak saya selalu pesan cakap yang baik2 sbb apa yg kita ckp tu adalah doa. Sama jugak bila kita maki hamun orang atau ckp benda2 yang tak baik terhadap orang lain., itu doa. Contoh kita selalu cakap, bodoh la Si polan ni, so mmg kita kan ditemukan dgn org2 yg bodoh dan secara tak langsung menyukarkan kehidupan kita. Tak pun kita yang akan jadi BODOH sbb kita suka dgn perkataan BODOH tu! Ok berbalik kepada apa yang saya baca. Saya kongsikan disini. credit: (syurgadidunia.blogspot.com)

Ramai antara kita yang tidak sedar akan kekuatan minda, disebabkan oleh itu kita tidak pernah ambil peduli akan apa yang kita fikir mahupun apa yg kita selalu ucapkan pada diri sendiri apatah lagi pada orang lain.

Pelupa betulla aku ni, ini pun tak boleh ingat...
Mengapa bebal sangat engkau ni, dah berapa kali aku bagitau...

Lihat kristal2 yang terbentuk dari perkataan "You fool" dan juga "You make me sick", tiada yang memberikan kristal yang elok.

Apa yang kita ucapkan itu juga merupakan doa kepada insan yang dituju, doa seorang ibu amatlah berkuasa melebihi segalanya, apa akan jadi pada anaknya jika setiap hari ibu berleter terhadap kenakalan anaknya, apa yg dituturkan ibu itu adalah doa untuk anak tersebut.
Nakal betulla budak ni, tak nak dengar kata langsung, jagala ayah awak balik nanti....


90% dari badan kita adalah air, jika tulisan dan fikiran terbukti mempengaruhi molekul air dan membentuk kristal bergantung perkataan yg digunakan, bagaimana dgn fikiran kita yg sememangnya mewakili diri kita sendiri. Jika diambil sampel air dari badan kita ini dan dihantar ke Dr. Masaru Emoto untuk di bekukan dan diambil kristalnya, agaknya bagaimanakah rupanya? Semua tingkah laku, tutur kata dan perbuatan bermula dari fikiran, jika fikiran penuh dgn negativiti, pasti kristal yg terbentuk amat buruk rupanya. Fikiran yang baik disusuli dgn tutur kata yg indah, akhlak yg sempurna, sopan tingkah laku, jiwa yang pengasih dan hati yg selalu bersyukur, pasti kristal2 yg terbentuk indah2 belaka.

Apa yang menarik sekali didalam koleksi kristal air yang terkumpul didalam buku The Hidden Messages in Water, air yang diberikan kombinasi ucapan dan perkataan kasih sayang dan kesyukuran memberikan kristal yang amat cantik sekali.

Di bawah ini pula kristal air yang terbentuk bila di label dgn perkataan bismillah (Dari buku Love Thyself by Dr Masaru Emoto), makanan dan minuman yg diucapkan dgn perkataan bismillah sebelum dimasukkan kedalam mulut mempunyai molekul yang indah dan akan menjadi sebati dgn diri kita.
Didalam buku ini juga di sertakan dgn kristal2 air yang telah dilabel dgn pelbagai2 perkataan dari pelbagai agama, semuanya memberi kristal2 yg cantik, Dr Emoto membuat ulasan yang kristal yang terbentuk bergantung kepada niat (intent), tiada agama yang menyeru kejahatan tetapi hanya mereka yang berfikir dapat membezakan yang mana yang benar.
Disini juga saya ingin berkongsi gambar kristal air zam-zam, apa yg menghairankan Dr Emoto adalah semua kristal yang terbentuk berlapis (overlapping).
Kesimpulannya, berhati2 apa yang anda fikirkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain, jika air berubah mengikut apa yg kita fikirkan, bagaimana dgn kehidupan kita secara keseluruhan? Jika kita selalu bersyukur dan berterimakasih pasti kehidupan kita dipenuhi dgn keadaan yang selari dgn apa yang kita fikirkan.

Dah baca??? Apa pandangan anda. Selepas baca artikel ni saya termenung sekejap mengenangkan percakapan yang pernah saya keluarkan ketika marah tak kira lah baik dengan sahabat, anak2 atau rakan sekerja. Semoga Allah lindungi diri ini dari sifat2 mazmumah ini. 

P/S: Agaknya mcm mana lah rupa kristal ni untuk ayat2 dibawah,

~ kalau semua org takleh keje baik berhenti jer!
~ kalau camni baik aku keje sorang2!
~ bodoh betul la si XXX
~ Si ZZZ ni mmg beruk / biawak!

Renungan untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri juga. Lepas ni kalau ada org sekeliling ckp benda2 tak elok ni saya ingat saya nak lari. Hehe bukan apa takut jangkit uols!!!

Tuesday, May 15, 2012

Bila Allah murka.


Saje jer buat tajuk gempak. Orang kata bikin "hot". Sebenarnya apa ynag saya tulis ni adalah hasil pemerhatian saya dan pembacaan blog2 tentang ketuhanan spt blog ustaz Pahrol. Saya kira ramai yang dah tahu bahawa Allah uji kita bukan aje dengan kesusahan tapi juga dengan kesenangan. Kadang2 Allah biar kita leka dengan kesenangan supaya kita akan terima azabNya. Sama juga macam tabiat atau perlakuan kita. Allah tak bagi petunjuk atau hidayah agar kita takkan berubah. Saya ramai tgk org2 yang mcm ni. Walaupun sudah melihat Baitullah tapi takde apa yg berubah malah semakin teruk. Perlakuan dan percakapan seperti org2 yg tak beriman. Saya percaya ini balasan Allah sbb hati kita tak suci. Sbb segala2nya bermula dari hati. Bila tak dekatkan diri dengan Allah, Allah mmg benci, jadi dia tutup pintu hati dari perkara2 baik ni. Kenapa saya kata berkaitan dengan hati, sbb hati kita manusia ni Allah yang pegang. Jadi bila kita tak beri hati kita padaNya maka jadilah kita manusia yg busuk hati. Erm rasanya sampai sini jer lah cerita pasal hati ni. Semoga Allah beri petunjuk kepada ORANG yang busuk hati tu.

P/S: Ngeri tgk org2 yg balik dari tanah suci tapi........ MasyaAllah! nauzubillah!

Peringatan untuk diri sendiri supaya sentiasa sucikan hati!

Saturday, March 24, 2012

LESSON LEARNT!

Erm.... ni entry versi luahan perasaan, sebenarnya saya setuju dengan ustaz Azhar Idrus cakap " kalau rasa sedih atau tertekan tempat yg sesuai untuk mengadu ialah Allah SWT bukan facebook atau blog. Tapi memandangkan blog ni mmg tempat saya berkongsi suka duka selain drp my lovely sister alang n my bff mrs khairani so saya pun buat luahan kat sini. At least ringan skit kepala otak ni sbb dapt luahkan apa yg terbuku dihati. Lagipun bila cerita kat blog ni interaksi sehala so taklah meleret sbb blog ni terima jer tak respond. Ok dah abis perenggan pendahuluan, sekarang masuk plak perenggan untuk isi sebelum penutup. ( Ni format karangan ye kalau korang dah terlupa hehehe).

Dari pertengahan bulan Feb sampailah dah nak habis bulan Mac ni mmg mcm2 berlaku dalam hidup saya ni. Byk betul dugaan dariNya! Dan dari apa yg berlaku byk benda yg saya pelajari selain drp menginsafi diri. Pelajaran pertama, berbuat baik dengan saudara kita especially adik beradik sbb bila susah kita kan harapkan adik beradik sendiri (darah daging sendiri) bukan jiran, bukan kakak, adik, abg, atau apa yg angkat ni la kan jauh sekali tauke workshop atau kakak kedai nasi lemak (ha ni mmg dah merepek). Pelajaran kedua, bagi yang ada anak2, jangan sesekali membeza-bezakan anak2 atau berlaku tidak adil dari segi perlakuan atau percakapan sebagai contoh, Aku bertuah sbb ada anak lelaki blh bela nasib aku, apa perasaan anak perempuan yg dengar tu ye? Senyum gembira?? mestilah kecik hati kan? Sbb seolah-olah tak menyumbang apa2 ye tak? Tapi kuasa Allah manusia tak dpt menduga tup2 sakit anak perempuan lah yg uruskan, mandi, tukar pampers, masakkan, suapkan makan, urutkan badan dll. Anak yg tadi sangat bertuah tu mana ek?? Wallah'hualam! Itu kalau anak sepasang mcm saya ni, tapi kalau anak2 semua perempuan atau semua lelaki pun jgn kita menelah, nnt aku tua aku nak duduk dgn si timah sbb si timah ni anak kesayangan bagi aku duit byk, kecik ati si melah kan? Tengok2 bila sakit si Melah yg jaga sbb si Timah tu mungkin suami dia taknak bekerjasama. Bukan semua pasangan yg akan melayan ibu bapa mertuanya seperti mak bapak diorang sbb nama pun manusia rambut sama hitam hati lain2. (itu contoh kalau anak perempuan, kalau lelaki tukar nama jer atan ke ali ke, jgn lupa tukar perkataan suami tu kepada isteri ye heheehe). Pelajaran kedua, duit bukan segalanya, apa yang penting kasih sayang, masa dan tenaga. Duit kita boleh cari (pinjam along ke, ah fatt ke atau sapa2 la, ah fatt tu cina workshop kat office saya) tapi masa dan tenaga ni tak semua org boleh bagi. Terutamanya bila kita dalam kesusahan atau sakit, org boleh dtg bawak buah tangan tapi org takkan luangkan masa menemani kita yg sakit ni sbb org ada byk urusan lain. Jadi kena berbuat baik dengan semua orang terutama adik beradik, anak2 tak kira jantina, menantu2 tak kira back ground sbb duit bukan segalanya. Lagipun duit tu boleh dicari tak kiralah pinjam atau curi tapi tenaga dan masa tu yang lebih berharga.

So kesimpulannya, ALLAH Maha Mengetahui, jgn sesekali kita manusia bercakap besar kerana kita hanya boleh merancang tapi ALLAH menentukan. Sama2 kita bermunasabah ye. Sekian luahan hati ini. Maaf mungkin tak sesedap karya ombak rindu. ^-^