Tuesday, May 3, 2011

Saat bergelar ibu........

Dah lama berhasrat nak share tentang pengalaman ni tapi asyik tertangguh jer sbb byk sgt urusan lain yg perlu diselesaikan. Semalan kebetulan pergi melawat jiran baru bersalin. So macam biasa lah sibuk la berborak tentang pengalaman masa nak bersalin tu....... mcm2 hal. Bila balik umah teringat la kisah waktu nak bersalinkan auni ngan a'isy. Dua2 punya kisah tersendiri.
Auni dijangkakan lahir pada 5 Jan 2008 tapi sbb dia nak Celebrate Raya Haji maka dia decide nak kuar pada 17 Dec 2007 ( 2 minggu awal) masa tu baru 38 weeks tapi Alhamdulillah condition dia ok. Ingat lagi masa tu aku masuk wad awal sbb masa mengandungkan auni kena high blood pressure la pulak so 2 kali admitted kat Kampung Bharu Medical Centre. Second time admitted tu mmg reading BP tu sgt lah tingginya sampai doktor decide nak induce je keesokan harinya. Tapi Auni yg bertuah dan bijak ni dgn rela hati nak lahir hari tu. Bila doktor check tgk dah buka 3 cm masa tu kul 10 pg so tak payah lah induce. Akhirnya kul 4.16 ptg auni selamat dilahirkan dengan berat 2.78 kg.
A'isy pulak kisahnya kelakar skit...... dia dijangkakan lahir pada 28 October 2010 tp pada 101010 ( hihihi saje nak tayang no tu) dia dah kuar. Kisahnya camni...... pagi tu mmg kena ge check-up sbb dah cukup 36 minggu so dah kena start jumpa doktor seminggu sekali. Nak dijadikan cerita aku tak nak pegi check up kat hospital yg dekat ngan umah ni sbb sgt ramai orang dan sangat lembap service dia so aku pun ajak Mr. hubby pegi tempat favorite Kampung Baru Medical Centre (sebenarnya suka sgt kat Dr. Norlida dan Dr. Ros) dua2 doktor ni best. Masa dalam perjalanan tu borak2 ngan mr. hubby

Aku: "syg, harap2 hari ni doktor kata awak blh bersalin arini sbb da buka 3 cm"

hubby: " Ha'ah ok jugak tu tak payah kita kelam kabut nanti"

Sampai je kat hospital dan lepas tunggu selama setengah jam sampai lah giliran aku. Doktor pun check pastu sambil senyum doktor norlida cakap "eh da buka 3 cm la... blh bersalin arini" Maka aritu aku masuk wad pukul 2.30 ptg, nasib baik bag memang dah bwk...... selepas menunggu beberapa lama maka jam 9.20 mlm MUHAMMAD A'ISY HAFIY selamat dilahirkan dengan berat 3.1 kg. Nasib baik dia tak tunggu kul 10 mlm sbb mama mmg dah lemas duduk dlm labour room tu. Aku masuk labour room tu kul 5 ptg sbb masa tu dah buka 5 cm tapi tak sakit lg...... memandangkan aku satu2nya org yang akan bersalin aritu so nurse suruh la masuk awal2 lepak kat dlm tu. Yang paling tak blh lupa mr. hubby siap wat lawak ngan statement dia yang berbunyi begini " I tgh pikir ni nak ckp apa kalau jap lg reporter dtg interview sbb baby kita lahir 101010 ni..." sambil tersengih kat tepi katil tu. Aku cuma senyum je malas nak komen sbb tgh menahan rasa sakit contraction yg dah start terasa. Alhamdullillah sumenya selamat. Hari tu aku sorang jer yang bersalin dan kami diraikan sbb tarikh yang glamour tu walaupun takde reporter dtg..... kah..kah..kah...... kesian kat mr. hubby impian tak tercapai.
Inilah pengalaman aku saat bergelar ibu. Memang sangat manis dan akan sentiasa terpahat diingatan ni.

No comments: