Friday, September 7, 2012

Haih nak terima ke tak????

Salam semua. Lama betul tak tgk blog ni, blh tahan susah jugak lah nak buang sawang2 dan habuk yg dah berkepuk2 ni hehe. Sebenarnya saya aktif berbloging tetapi fokus lebih kepada blog perniagaan saya tu anisvitashop. Jemputlah singgah sana ye sahabat2 sekalian. Luahan perasaan kali ni berkaitan dengan kepeningan saya apabila tetiba dapat offer kerja kat satu company ni blh tahan besar gak tapi tulah jauh la dari rumah saya skrg ni. Pastu lokasi tu pulak mmg tpt yg jammmmmm. Offer mmg gempak 2 kali ganda gaji skrg ni. Bila dikira tolak minyak tol masih boleh cover cuma masa bersama budak2 comel kat umah tu terpaksa dikorbankan. Kalau sekrang gaji mmg gaji kerani walaupun post exec tapi opis ngan umah sepelaung jek. Pastu lunch blh blk umah susukan a'isy, gaduh ngan auni, suap diorang makan....... dgn kata lain diorang membesar depan mata saya walaupun saya bekerja sbb masa untuk perjalan pergi dan balik tu sangat singkat. Tapi tulah mengenangkan taraf hidup yg tinggi ni, semua barang mahal rasanya mmg memerlukan pendapatan yg "selesa". Kalau tanya en suami mmg dia suruh except jer offer tu. Cuma hati ibu hanya Allah yang tahu. Ok lah taknak membebel panjang ni, baru siap buat surah resign letter tapi tak tahu nak tender bila. Moga Allah bagi petunjuk dan tak biar saya buat keputusan tanpa bimbinganNya.( nak kena buat istikarah nih). Anda semua juga doakan yang terbaik untuk saya ye. Kepada ibu2 yg pernah mengalami dilema yang sama jom share skit ngan saya. Sampai jumpa lagi!

Salam ceria,
anis

4 comments:

Yaya Azura aka Naz Azra said...

buat istikarah dulu..moga dapat petunjuk..Insya Allah akan dapat buat keputusan terbaik...

aimaniman said...

tq dtg blog akak... ntah susah nak komen antara himpitan ekonomi dgn kepuasan serta nilai kasih sayang..

ummufaqeh said...

Semoga Allah mudahkan urusan puan sekeluarga...Yang ptg hati kita bahagia dan bersyukur dengan kurniaan Allah..mohon petunjuk dariNya selalu..salam kunjungan balas dari bumi Jordan.

yatie said...

betul..bila hati dah x keruan..kita buat la solat istikarah dulu..moga2 kita dpt petunjuk yg baik dariNya..