Thursday, June 12, 2014

Disebalik kejayaan seorang wanita ada lelaki dibelakangnya!

Erm....sebenarnya nak buat cerita sedey hehe...tp sbb saya bukan novalis tak belajar plak bagaimana nak bermain dengan perasaan sipembaca jadi saya buat entry ini cara berkongsi. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada mereka yang bergelar isteri yang mengalami situasi yang sama mcm saya. Kita biasa dengar disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita dibelakangnya. Sama juga dengan seorang wanita, disebalik kejayaannya pasti ada seorang lelaki dibelakangnya sbb kita dijadikan berpasang2 untuk saling melengkapi. 

Kalau tengok entry saya yg lepas tentang shaklee, cuti dan award kelihatan seorang lelaki yang sentiasa bersama saya, ye dia sangat istimewa, my imam, my other half dan pemilik tulang rusukku. Apa yang dirakam dalam photo2 kami menjadi saksi tentang RESTU serta KEPERCAYAAN yang diberika kepada saya untuk serius bershaklee. Namun KEPERCAYAAN ini hanya saya perolehi setelah saya buktikan yang saya pasti berjaya dengan shaklee. Alhamdulillah persepsi dia terhadap biz saya ini telah berubah, kini dia telah yakin dan memberi support tak berbelah bagi. Kuncinya ialah MINTA RESTU SUAMI, IBU & BAPA, USAHA YANG BERTERUSAN, DOA AGAR ALLAH MUDAHKAN URUSAN KITA dan AMALAN2 ROHANI seperti DHUHA & TAHAJJUD. Jika anda sekarang rasa suami tak sokong apa yang anda lakukan. Sabar dan fikir bahawa dia sangat sayangkan kita, dia tak mahu kita susah dan buang masa melakukan kerja yang sia2. Jadi tugas kita buktikan padanya yang kita serius dengan biz kita ni dan kita boleh berjaya. Tak kisah apa jua biz selagi tak melanggar syariah dan undang2 negara.

Kepada ibu2 diluar sana yang sedang bertungkus lumus berusaha ke arah kejayaan, teruskan berusaha dan jaga hubungan kita dengan yang Maha Kuasa. InshaAllah kejayaan milik anda.

 Teringat kata2 mak shaklee saya, "2 tahun lepas kau imagine tak faiz duduk skali dalam dewan ni?".....huaaaa sebak ai tau!

Thank you sayang atas sokongan yang tak berbelah bagi, doakan i berjaya menjadi MUSLIMAH JUTAWAN suatu hari nanti....:)

No comments: