Saturday, April 18, 2015

Puri in the house! Macam tak percaya jer ^_^

Assalamualaikum, semoga semuanya sihat2 sahaja! Teruja sangat nak buat entry ni sama macam teruja masa nak cuba resepi ni. Maklumlah orang melayu nak masak masakan india. Resepi yg saya cuba hari ini ialah puri. First time makan kat kedai mamak dekat umah ni, hubby yg kenalkan dgn puri ni. Ok la kena dengan tekak saya. Anak-anak pun suka so saya mula cari-cari resipi untuk cuba buat sendiri, belek punya belek berkenan dengan resepi yg kak ita Masam Manis kongsikan kat blog dia. 

Kredit untuk kak ita untuk resepi ni. Resepi ni mudah sebab guna je bahan-bahan yang ada kat rumah ni. 

PURI

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh garam
150 ml air

1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak


Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar

Masukkan juga garam

Tuangkan air sedikit-sedikit

Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut

Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit


Ambil sedikit doh sebesar guli
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentunya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat

Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri 


Panaskan minyak dalam kuali.

Anda perlu pastikan minyak betul-betul panas. Jika anda masukkan doh puri tak mengelembung ini bermakna minyak itu tidak cukup panas.

Masukkan doh yang telah di canai nipis tadi dalam minyak panas

Tekan-tekan atau tengelamkannya dalam minyak dengan sudip hingga ia mengelembung.
Bila dah gelembung terbalikkan sebelah lagi pula
Buat cara yang sama, tekan dengan sudip tengahnya hingga ia mengelembung
Bila dah gelembung terus angkat.

Tak perlu banyak kali balik-balikkan. Hanya 2 kali balikkan sahaja ya..

Kat kedai mamak puri ni dihidangkan bersama kuah dal. Yang ni resepi suka hati namanya a.k.a resepi sendiri.


Kuah Dal

1 cwn kacang dal (direndam seketika dan kemudian direbus)
sebatang lobak merah saiz sederhana - potong baji ke dadu ke ikut la
2 biji kentang saiz sederhana - potong2 macam lobak tu jugak
Bawang besar - diracik
Bawang putih - diracik
Cili kering 3 tangkai - potong besar2
Daun kari - 3-4 pelepah
1 sudu besar serbuk kari
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih 
Biji sawi sikit je
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Bila dah panas tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, dan rempah 4 sekawan tadi. Kemudian masukkan sikit air. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Masukkan pula kentang, lobak merah dan kacang dal. Tambah air dan masak hingga lobak dan kentang empuk. Kalau nak pekat biar kering sikit. Sebelum angkat masukkan garam. Siap! Dah boleh lah dihidangkan. 


Sedap makan masa panas2 puri ni. Oh ye jangan lupa teh tarik juga. Baru feel mcm makan kat kedai mamak hehe.

Selamat mencuba!

Salam ceria,
Anis Hussin





No comments: