Sunday, June 26, 2011

Kisah Orang Tabligh.

Salam semua. Entri kali ni nak kongsi satu kisah yang dikongsi oleh kawan lama saya kira2 11 tahun lepas. Selepas dengar cerita itu saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya sentiasa menjadi insan yang amanah dalam hidup ini. Jom kita ikuti kisah ini.

Ada seorang hamba Allah yang mengikuti kumpulan tabligh dan beliau telah pun berkeluarga, mempunyai isteri dan seorang anak. Sudah menjadi rutin bagi ahli2 kumpulan tabligh untuk meninggalkan rumah pergi berdakwah. Suatu hari hamba Allah ini meninggalkan isteri dan anaknya untuk bersama-sama kumpulannya berdakwah. Selepas 3 bulan dia pulang ke rumah. Apabila sampai dirumah dilihatnya keretanya kemek kesan dilanggar, lalu dia bertanya kepada isterinya. " kenapa kereta tu?" Jawab isterinya " tak tau la bang, mungkin dilanggar orang"
Hamba Allah itu cuma diam dan melupakan hal itu.

Beberapa bulan kemudian dia pergi lagi berdakwah bersama kumpulannya. Dan sekembalinya dari berdakwah dia lihat tangan anaknya patah. Lalu dia bertanya kepada isterinya " kenapa tangan anak kita?" Jawab isterinya " tak tau la bang, agaknya dia lari lalu terjatuh".
Sekali lagi hamba Allah itu diam dan melupakan hal itu.

Kemudian dia sekali lagi keluar bersama kumpulannya berdakwah. Sekembalinya dia, didapati kereta dalam keadaan elok, anaknya sihat tanpa sebarang cela tetapi isterinya tak kelihatan. Dia lalu memanggil isterinya tapi tiada jawapan. Lantas hamba Allah ini naik ke bilik tidurnya dan apabila dia membuka pintu biliknya didapati isterinya sedang tidur dengan lelaki lain. Namun dengan tenang hamba Allah ini menyuruh lelaki tadi pulang dan meminta isterinya duduk diruang tamu bersamanya.

Hamba Allah ini kemudiannya berkata" Kalau kereta rosak, kereta boleh dibeli lain, kalau anak mati, pun boleh beranak lain tapi kepercayaan adalah sesuatu yg tak boleh diganti atau diberi sekali lagi kerana sekali kepercayaan yang diberikan itu dikhianati maka semuanya sudah tidak beerti.

So, moral of the story, apabila kita diberi amanah jangan lah kita khianati kerana ianya adalah salah satu daripada sifat orang yg munafik. Semoga kita semua sentiasa memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dari hari ini.


No comments: