Wednesday, June 29, 2011

Apa Kau Rasa???

Ha... suspen tak tgk tajuk entri kali ni? Sebenarnya saya nak share pendapat tentang cara berurusan dengan pekerja kita. Eh..... saya bukannya bos kat company yang besar atau ada pekerja yang ramai dalam company sendiri cuma..... ade bibik kat umah tu je. Hahahah kira bos jugak lah tu kan. Ok lah...... tu semua tak penting yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana cara kita berurusan dengan manusia lain supaya kita tak melukakan hati mereka atau membuat orang benci kat kita. Memang tak dinafikan sukar untuk buat semua orang gembira tapi kita boleh cuba untuk tidak buat mereka terluka. Setiap kali saya melalui sendiri betapa tak selesa dan gembira bila berurusan dengan "orang yang tidak berapa pandai berbudi bahasa" saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak mengulangi perbuatan itu terhadap orang lain. Kadang2 orang bukan tak suka buat apa yang kita suruh dia buat, tapi dia tak suka cara kita suruh dia buat sesuatu perkara. Contohnya memberi arahan dengan nada suara yang tinggi ditambah pula dengan perkataan2 yang digunakan kasar dan menyakitkan hati. Saya kira sesiapa sahaja tidak suka. Oleh sebab tu ditempat kerja apabila saya diminta menyuruh rakan sekerja melakukan sesuatu perkara, saya sentiasa mengambil sedikit masa untuk mempertimbangkan beberapa perkara iaitu ayat yang sesuai untuk sampaikan tugas tu, bagi mereka masa untuk rehat sekejap sekiranya mereka baru je selesai membuat tugas yang sebelumnya dan bercakap dengan nada suara yang tidak tinggi dan kasar. Alhamdulillah setakat ini hubungan saya dengan rakan sekerja baik dan senang berurusan dengan mereka. Saya sendiri apabila menyuruh bibik saya membuat sesuatu perkara saya akan minta dengan baik. Kadang2 ramai orang salah faham antara rasa hormat dan rasa takut. Yang kita perlukan ialah "rasa hormat" daripada "rasa takut" sebab apabila pekerja hormat kat kita, kalau kita tak ada semuanya akan kekal seperti sediakala tapi kalau pekerja takut kat kita, bila kita tak ada semua benda tak akan jadi macam sediakala. Tapi untuk orang hormat kat kita kita mesti mencarinya ( you must earn the respect) ini kata2 dari pakar motivasi terkenal Dato' Dr. Hj Fazillah Kamsah. Oleh itu apabila berurusan dengan manusia lain mesti sentiasa cuba untuk kawal diri kita supaya kita disenangi dan bukan dibenci. Satu perkara yang saya sentiasa praktikkan apabila berurusan dengan bibik saya ( satu2nya pekerja saya) ialah BE BOSS BUT NOT BOSSY, BE FRIENDLY BUT NOT A FRIEND. Sampai sini saja buat kali ini. Semoga kita sentiasa memperbaiki diri.

3 comments:

Hazlina (aka Alang) said...

Eh awak memang betul awak punya esay ne. Saya actually study how to approach someone to get what I want without sound like a demanding person.
cheers Alang

Hazlina (aka Alang) said...

Eh awak memang betul awak punya esay ne. Saya actually study how to approach someone to get what I want without sound like a demanding person.
cheers Alang

anisdagreat said...

ye la awak sama lah kita ni....