Thursday, June 23, 2011

Pemilihan susu formula.

Susu Ibu adalah susu yang terbaik bagi bayi. Tetapi menjadi masalah apabila ibu tidak dapat mengeluarkan jumlah susu yang cukup untuk menampung keperluan bayi disebabkan pelbagai masalah atau keadaan.Oleh itu penggunaan susu formula adalah menjadi alternatif lain bagi para ibu. Ibu bapa sering mengalami masalah semasa membuat keputusan untuk memilih susu formula yang sesuai bagi bayi mereka. Ini disebabkan oleh terdapat pelbagai jenama yang terdapat dipasaran. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila ibu bapa mendapat terlalu banyak informasi dari doktor, jurujual, risalah atau dari pengalaman ibu2 lain mengenai susu formula ini. Maklumat yang diperolehi selalunya bertentangan antara satu sama lain. Jadi disini saya ingin kongsikan panduan asas untuk memilih susu formula yang sesuai untuk bayi dan anak anda.

Susu Formula terbaik adalah susu yang sesuai dengan keadaan bayi dan tidak menimbulkan sebarang kesan kepada bayi. Bukan kerana yang disukai, termahal atau mengandungi berbagai bahan untuk kecerdasan.


Pemilhan susu formula yang tidak tepat akan mengakibatkan gangguan beberapa fungsi dan organ tubuh seperti cirit birit, sering batuk dan sebagainya. Gangguan sistem tubuh tersebut ternyata dapat mengganggu pertumbuhan dan perkembangan anak.

Pemilihan susu terbaik bagi anak harus dilakukan secara cermat dan teliti. Susu merupakan makanan bayi dan anak yang diambil setiap hari dalam jumlah banyak dan jangka panjang. Bila susu tersebut tidak sesuai ia boleh menimbulkan gangguan dalam perkembangan bayi dan berlaku terus menerus dalam jangka masa yang panjang.

No comments: