Tuesday, July 26, 2011

Senang kau cakap!

Salam semua. hari ni tetiba terasa emo je. Kenapa??? Ye la tadi waktu saya tengah Q kat kedai makan beli makanan untuk lunch sempat jugak lah dengar seorang lelaki ni membebel dengan kwn dia sbb isteri dia taknak beranak sedangkan dia nak sangat anak. Lebih kurang camni lah dialog dia " ntah apa yang dia takut sgt tak tau la..... bukannya susah beranak tu...... baring atas katil pastu kira..... i, 2, 3 ...... teran..... dah keluar budak!". Amboi sedapnya kau cakap..... mula la terasa angin satu badan.

Sungguh, lelaki jenis ini bukanlah lelaki yang tau menghargai. Kenapa saya tegaskan sedemikian? Kerana seorang lelaki yang betul-betul peka dan pandai menghargai akan perasan dengan jelas perbezaan yang wujud kepada seorang wanita setelah seorang wanita itu hamil, melahirkan kemudian membesarkan bayinya. Bukan sahaja perubahan bentuk fizikal (yang memang selalunya menjadi perhatian kaum lelaki) tetapi juga ketahanan dan kesihatannya, ada tikanya turut terganggu.

Saya tau, tak semua wanita hamil mengalami alahan. Tapi bagi mereka yang mengalami alahan seperti saya hanya Allah yang tahu betapa penat dan lelahnya. Sungguh saya mengerti dan faham kenapalah seorang ibu wajib ditaati hingga Allah meletakkan syurga di bawah telapak kaki ibu.

Itu tika hamil, tika bersalin lain pulak rasanya. Saya yakin, anda pernah dengar tentang tiga jenis sakit yang paling sakit: sakit gigi, sakit nak bersalin dan sakit menghadapi kematian. Hah? Dah masuk jenis sakit yang paling sakit hingga nak samakan dengan saat sakaratulmaut pun, masih kata mudah dan senang? Kalaulah begitu mudah, takkan ada yang cakap, bersalin ni ertinya menyabung nyawa!!

Itu dari pandangan luaran. Hakikatnya, Islam mengiktiraf kesusahan dan kepayahan seorang isteri tika hamil dan melahirkan bayi. Segala kepayahan seorang isteri mengandungkan zuriat suami mendapat pengiktirafan yang amat tinggi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Dua hadis ini sudah cukup membuktikan betapa Islam mengiktiraf pengorbanan seorang ibu, seorang wanita. Kenapa pengorbanan? Kerana setiap kali bersalin, kaum wanita mempertaruhkan nyawanya. Sebab itulah wanita yang meninggal dunia kerana bersalin termasuk di dalam kategori mati syahid. Ada kes ibu yang lumpuh, tidak boleh melakukan tugasan berat kesan daripada melahirkan. Ada juga yang hilang penglihatannya kerana darah meroyan naik ke mata dan mcm2 lagi. Seorang wanita yang bersalinkan anak lelaki, dua sarafnya akan terputus berbanding hanya satu saraf jika melahirkan anak perempuan. Selepas bersalin, nak kena berpantang macam-macam lagi, semuanya demi suami. Tak jaga nanti, suami mula cari lain pulak. Itu semuanya pengorbanan.

Pengorbanan, bukanlah suka-suka dan syok sendiri. Maksudnya juga bukanlah semudah yang diucapkan lelaki tadi atau sesiapa sahaja yang berpendirian serupa.

Apakah ini semata-mata tanda protes saya terhadap apa yang diperkatakan oleh lelaki tadi.Tidak, bukan semata-mata protes sebaliknya satu penjelasan dan harapan agar kaum lelaki lebih peka dan sedar tentang kepayahan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang isteri dan seorang ibu.

Satu pengalaman menarik yang saya nak kongsi dengan mereka yang bakal menjadi ibu: segala kesakitan dan kepenatan akan hilang setelah anda mendengar tangisan pertama bayi anda. Bila anda pulang ke rumah, anak-anak anda akan menyambut anda dan secara mudah, segala kepenatan dan lelah seharian anda akan hilang begitu sahaja. Yang penting, anda perlu ikhlas dalam menerima amanah berharga ini. Buat kaum lelaki, jangan meluah sesedap rasa… buruk padahnya!!

No comments: