Friday, June 1, 2012

Kuasa Minda Terhadap Air

Salam semua lama tak buat entry kat cni sbb saya bz dengan ANISVITASHOP. So hari ni nak share satu ilmu yang menarik yang saya jumpa di SINI. Saya rasa anda semua juga dah biasa dengar orang kata " percakapan kita itu suatu doa" kann??? Terutamanya seorang ibu, sbb tu mak saya selalu pesan cakap yang baik2 sbb apa yg kita ckp tu adalah doa. Sama jugak bila kita maki hamun orang atau ckp benda2 yang tak baik terhadap orang lain., itu doa. Contoh kita selalu cakap, bodoh la Si polan ni, so mmg kita kan ditemukan dgn org2 yg bodoh dan secara tak langsung menyukarkan kehidupan kita. Tak pun kita yang akan jadi BODOH sbb kita suka dgn perkataan BODOH tu! Ok berbalik kepada apa yang saya baca. Saya kongsikan disini. credit: (syurgadidunia.blogspot.com)

Ramai antara kita yang tidak sedar akan kekuatan minda, disebabkan oleh itu kita tidak pernah ambil peduli akan apa yang kita fikir mahupun apa yg kita selalu ucapkan pada diri sendiri apatah lagi pada orang lain.

Pelupa betulla aku ni, ini pun tak boleh ingat...
Mengapa bebal sangat engkau ni, dah berapa kali aku bagitau...

Lihat kristal2 yang terbentuk dari perkataan "You fool" dan juga "You make me sick", tiada yang memberikan kristal yang elok.

Apa yang kita ucapkan itu juga merupakan doa kepada insan yang dituju, doa seorang ibu amatlah berkuasa melebihi segalanya, apa akan jadi pada anaknya jika setiap hari ibu berleter terhadap kenakalan anaknya, apa yg dituturkan ibu itu adalah doa untuk anak tersebut.
Nakal betulla budak ni, tak nak dengar kata langsung, jagala ayah awak balik nanti....


90% dari badan kita adalah air, jika tulisan dan fikiran terbukti mempengaruhi molekul air dan membentuk kristal bergantung perkataan yg digunakan, bagaimana dgn fikiran kita yg sememangnya mewakili diri kita sendiri. Jika diambil sampel air dari badan kita ini dan dihantar ke Dr. Masaru Emoto untuk di bekukan dan diambil kristalnya, agaknya bagaimanakah rupanya? Semua tingkah laku, tutur kata dan perbuatan bermula dari fikiran, jika fikiran penuh dgn negativiti, pasti kristal yg terbentuk amat buruk rupanya. Fikiran yang baik disusuli dgn tutur kata yg indah, akhlak yg sempurna, sopan tingkah laku, jiwa yang pengasih dan hati yg selalu bersyukur, pasti kristal2 yg terbentuk indah2 belaka.

Apa yang menarik sekali didalam koleksi kristal air yang terkumpul didalam buku The Hidden Messages in Water, air yang diberikan kombinasi ucapan dan perkataan kasih sayang dan kesyukuran memberikan kristal yang amat cantik sekali.

Di bawah ini pula kristal air yang terbentuk bila di label dgn perkataan bismillah (Dari buku Love Thyself by Dr Masaru Emoto), makanan dan minuman yg diucapkan dgn perkataan bismillah sebelum dimasukkan kedalam mulut mempunyai molekul yang indah dan akan menjadi sebati dgn diri kita.
Didalam buku ini juga di sertakan dgn kristal2 air yang telah dilabel dgn pelbagai2 perkataan dari pelbagai agama, semuanya memberi kristal2 yg cantik, Dr Emoto membuat ulasan yang kristal yang terbentuk bergantung kepada niat (intent), tiada agama yang menyeru kejahatan tetapi hanya mereka yang berfikir dapat membezakan yang mana yang benar.
Disini juga saya ingin berkongsi gambar kristal air zam-zam, apa yg menghairankan Dr Emoto adalah semua kristal yang terbentuk berlapis (overlapping).
Kesimpulannya, berhati2 apa yang anda fikirkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain, jika air berubah mengikut apa yg kita fikirkan, bagaimana dgn kehidupan kita secara keseluruhan? Jika kita selalu bersyukur dan berterimakasih pasti kehidupan kita dipenuhi dgn keadaan yang selari dgn apa yang kita fikirkan.

Dah baca??? Apa pandangan anda. Selepas baca artikel ni saya termenung sekejap mengenangkan percakapan yang pernah saya keluarkan ketika marah tak kira lah baik dengan sahabat, anak2 atau rakan sekerja. Semoga Allah lindungi diri ini dari sifat2 mazmumah ini. 

P/S: Agaknya mcm mana lah rupa kristal ni untuk ayat2 dibawah,

~ kalau semua org takleh keje baik berhenti jer!
~ kalau camni baik aku keje sorang2!
~ bodoh betul la si XXX
~ Si ZZZ ni mmg beruk / biawak!

Renungan untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri juga. Lepas ni kalau ada org sekeliling ckp benda2 tak elok ni saya ingat saya nak lari. Hehe bukan apa takut jangkit uols!!!

2 comments:

Bitt (double IS) said...

hahahahaha lawak statement akhir awak..hehehee
good info
salam kenal :)
saya follow ;)

Rosidah Binti Muhamad said...

info yg bagus utk dikongsi bersama..