Friday, July 18, 2014

Kesedihan Berganda - Malaysia diuji lagi MH17 kami bersamamu

Bulan ramadhan ni memang saya masuk tido awal sebab nak tidokan Auni lebih awal. Semalam mmg kedengaran bunyi notification dr phone tapi malas nak tengok. Lepas auni dan a'isy tido tergerak hati nak tengok phone. Ya Allah.....sayu sgt hati ni baca, saya berkata-kata sendiri, harap2 semua ni tidak benar, tapi bila pengumuman dibuat oleh PM luluh hati ni, tak tahu nak kata apa cuma doa dan kiriman Al Fatihah sahaja yg keluar dari mulut ni. Belum pun 6 bulan misteri MH 370 kini sekali lagi Malaysia diuji. Semoga ada hikmah yang besar Allah janjikan buat kita semua rakyat malaysia. Ramadhan ini banyak betul berita2 sedih menyapa diri isu palestine "dilapah" zionist dan kini tragedi MH 17 pula menyentap emosi. 



Salam TAKZIAH untuk semua ahli keluarga yang terlibat. Moga diberi kekuatan dan ketabahan. Moga mereka yang dijemput oleh Allah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Ya Allah! berilah kekuatan pada semua rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi ini. 





Sepertinya Aidilfitri tahun ini tidak seindah biasa. 

No comments: