Wednesday, July 16, 2014

Tips ajar anak kenal Al Quran

Assalamualaikum, alhamdulillah dah masuk ke fasa kedua bulan ramadhan. Masih lagi cerita tentang auni. Spesel sangat tahun ni, sebab kami berjaya latih auni berpuasa penuh, stakat ni belom ponteng lagi dia. Dan semalam Nuzul Quran merupakan hari yang sama Auni start baca Quran page 1. Syukur sangat sebab dia dah boleh baca quran, mama paling excited bila dengar Auni mengaji. InshaAllah mama nak konsisten baca quran sama2 dengan auni selepas solat maghrib setiap hari. Saya mula dedahkan Auni pada huruf2 jawi seawal dia 3 tahun lagi, sebab sedari lahir bayi dan kanak sudah boleh belajar memahami jika kena cara penyampaiannya. Diusia 2 tahun otak kanak2 boleh beroperasi 80% seperti otak orang dewasa, otak mereka seperti sponge yg boleh serap semua input dengan baik, oleh itu hati2 tentang apa yg kita tanamkan pada mereka diusia kritikal ini sebab itu yg mencorakkan mereka. Nak share banyak tips saya bukan pakar dalam mendidik anak2, banyak sangat kekurangan yang perlu diperbaiki tapi saya share cara saya. Ini adalah pengalaman semata2.

1) Disiplinkan anak untuk mengaji (kalau nak ajar membaca pun sama). Saya buat 5 hari seminggu sabtu ahad takde kelas mengaji. Sehari cuma 30minit dah memadai sbb budak2 fokusnya tak lama. 

2) Jangan marah kalau dia lambat dapat. Kita nak dia seronok kalau asyik marah nanti dia xmo mengaji.

3)Tepuk tangan atau puji jika dia dapat membaca apa yg diajar dengan betul. Saya juga berikan imbuhan seperti belanja eskrim sebab tadi pandai mengaji. Esok pasti dia lebih semangat.

4)SABARRRRRR ini bahagian kita, kena banyak2 sabar....Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang cepat hilang fokus. Tapi hasilnya lumayan!

Ok rasanya itu sahaja perkongsian dari saya. Dah tiba turn A'isy pulak, mama kena prepare sbb rasanya A'isy lebih mencabar sbb mummy boy ni terlebih manja.


No comments: