Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan kali ini Auni dah mula berpuasa penuh.

Salam ramadhan dear all. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan tahun ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Dikurniakan hidayah untuk lebih dekat kepadaNya. InshaAllah.Macam tahun2 yang lalu ramadhan disambut sederhana oleh keluarga saya dari segi juadah kami kekalkan juadah berbuka sama macam makan malam bulan2 biasa, sbb dari awal2 lagi saya dan suami dah berpakat untuk tidak membazir dengan berbelanja dipasar ramadhan. Bukan apa, biasanya apa yg dibeli tak habis pun dimakan. So bila amsak sendiri saya akan masak cukup2 aje sebab sahur saya akan masak lain, lauk simple tapi fresh baru selera nak bersahur hihi.

Tahun ni sangat istimewa sebab anak dara saya dah mula berpuasa, setakat ni tak tinggal lagi, papa dan mama seronok sangat. Tak susah juga nak latih Auni berpuasa cuma perlu pastikan dia makan waktu sahur dan ambil cukup air. Jadi saya memang akan pantau kuantiti makanan dan air yang diambil supaya dia tak letih dan lesu disekolah sampai tak boleh fokus. Alhamdulillah setakat ini dia aktif je walaupun bersekolah pagi dan petang serta sambung pergi mengaji lepas balik dari KAFA. 

Selain itu saya juga bagi keistimewaan kepada dia untuk tetapkan menu berbuka. Saje ikut selera dia supaya dia rasa seronok. Setakat ni Auni request yang simple2 jer. Selain dari diet yang seimbang saya juga berikan dia supplement tambahan supaya dia perolehi cukup nutrient. Ia penting untuk sistem imun dan tumbesaran dia. 

Semoga Auni berjaya habeskan 30hari berpuasa bulan ramadhan tahun ini. Sampai kita jumpa lagi!

No comments: