Monday, April 13, 2015

Resepi nasi kerabu mabeles!

Nasi kerabu ni asalnya makanan dari pantai timur tapi dah jadi makanan kegemaran 1 malaysia sebab boleh didapati disemua negeri kat semenanjung malaysia ni. Saya orang johor tapi saya sangat suka nasi kerabu. Anak2 dan suami pun suka. So sekali sekala buat la kat umah atas permintaan. Saya biasa buat ikut resepi saya tapi yang ni saya kongsikan resepi dari Azie Kitchen


Nasi

Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. 


Ni rupa bunga telang tu. Saya nak cuba tanam nanti.

Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.


Kuah Tumis

Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi (saya guna ikan sardin aka ikan selayang)
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam

Gula


Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

Solok Lada

Bahan bahan:
Kelapa parut putih - ambik kelapa sedikit muda
Ikan kembung/sardin 
Gula melaka
Garam
Gula
Sedikit air asam jawa
Telur 



Cara cara:
Ikan rebus diasingkan tulang dan isi. Tumbuk isi ikan dan digaul dengan kelapa parut dan ditumbuk sedikit kelapa yang sudah bergaul dengan isi ikan. 

Tumbuk pula gula Melaka dan garam. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa tadi. Masukkan gula dan air asam jawa secukupnya.  

Akhir sekali, masukkan sebiji telur dan digaul sebati sehingga boleh dikepal. Siap untuk digunakan.

Lada solok dibelah dua dan dikorek keluar biji biji di dalamnya. Sumbat bahan inti kelapa di atas tadi padat padat ke dalam lada. Biarkan sehingga intinya membuncit keluar.  




Susun lada yang telah disumbat di dalam periuk dan tuangkan santan. Masukkan sedikit garam dan gula. Masaklah sehingga santan hampir kering. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga dikukus lada yang telah disumbat di dalam periuk pengukus.


Ulam ulaman


Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh


Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 


Cara Menghidang


Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.


Banyak sikit keje nak buat nasi kerabu ni. Tapi sbb teringin punya pasal gigih ahkak buat tau.  Oh ye saya ada lauk tambahan, ikan celup tepung.....tu je yg senang. Nak bakar daging atau ayam malas. Telur masin pun lupa beli masa tu hehe.

Sekian resepi kita. Jangan lupa cuba tau!

salam ceria,
anis hussin

2 comments:

Yaya Azura said...

yum yum..sedap nih. feveret! tapi tak pernah menerai..ada satu gerai kat pasar tani kat kuala trg ni..nasi kerabu makcik tu sangat mabeless.

Anis said...

try la yaya Azura, buat sendiri puas makan hehe